Followers

Friday, November 14, 2008

Empayar Fotosintesis

Sorilah kekawan... dah lama tak update blog ni... biasalah, masih alasan yang sama iaitu sibuk dengan kerja seharian. Bagaimanapun, saya mempersilakan korang semua untuk singgah di blog Empayar Fotosintesis bagi mengembangkan kreativiti kita. Ia bukan blog botani ataupun blog berkaitan tumbuh-tumbuhan, tetapi ialah blog senireka foto... Jangan malu-malu ya!

Sunday, September 28, 2008

Buku Chit Chat TERBARU Akan diterbitkan

Siri yang ke sembilan akan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd. menjelang bulan Oktober 2008 ini. Sila dapatkan buku Chit Chat Remaja mengenai Urus Wang di kedai-kedai buku berdekatan.

Kini kita menghadapi krisis ekonomi yang disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia termasuk kenaikan harga minyak. Semua harga barang makin naik. Beberapa stretegi dan sikap kita perlu dibentuk berkaitan pengurusan wang.

Ada banyak topik menarik yang akan dibincangkan. Antaranya ialah:

Chit Chat 1: Belanjawan Karipap
Chit Chat 5: Jutawan Cikai
Chit Chat 7: Kaki Pangkah dan Orang Kaya Baru
Chit Chat 11: Wah, Terlebih Sudah!
Chit Chat 16: Jangan Beli Jika Tiada Keperluan
Chit Chat 20: Prinsip Biji Benih
Chit Chat 23: Kisah Sedekah
Chit Chat 25: Main Kutu
Chit Chat 26: Tabung Ayam
Chit Chat 33: Usahawan Muda
Chit Chat 35: Bekerja Dalam Keluarga

Oh ya... Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir dan batin...

Wednesday, September 17, 2008

Galeri Gambar Gua

Kekawan... saya ada buat khidmat fotografi untuk pelbagai function (harga kekawan)... khusus untuk majlis perkahwinan... function lain pun boleh juga... termasuklah kalau nak bergambar saja-saja dengan kelab atau group masing-masing... Saya pun buat untuk suka-suka sebab minat dan enjoy dengan kerja ni... kalau ada masa, jenguk la koleksi gambar saya... ia masih dalam proses upload koleksi gambar yang saya ada... insyaAllah akan dikemaskini dari semasa ke semasa... sesiapa yang berminat, sila klik di sini...

Friday, August 29, 2008

Puasa Zaman Bebudak

SELAMAT BERPUASA. Jadikan bulan yang mulia ni sebagai kesempatan untuk kita bershopping pahala banyak-banyak. Elakkan pembaziran. Objektif puasa kita tak kesampaian kalau kita membazir lebih daripada selain bulan puasa. Jalani bulan Ramdhan ini dengan kesederhanaan. Nafsu kita cuma perlu dikawal, bukan dikekang. Walaupun perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga, kita masih bersahur dan berbuka.

Dah dekat-dekat nak puasa ni. Teringat pula aku kenangan berpuasa zaman budak-budak dulu. Apa kata kalau bulan puasa ni kita share pengalaman berpuasa masa lepas? Aku ada beberapa pengalaman lawak yang aku ingat dulu pernah buat...

1. Kumur sambil minum. Aku buat benda ni masa kat sekolah rendah dulu kalau tak tahan haus. Mula-mula aku tanya cikgu kalau kumur batal puasa ke tak? Cikgu kata tak batal. So aku pun pergi toilet, kumur-kumur air paip. Air masuk penuh satu mulut, tapi yang keluar balik cuma separuh je. Separuh lagi tak tau pergi mana. Hehehe

2. Perut kat lantai. Masa tu aku belum sekolah lagi. Terdengar kat radio, ada orang kata kalau nak tahan lapar letak perut kat lantai simen. Sejak hari tu, waktu nak berbuka je sure aku selak perut dan meniarap atas lantai simen. Macam dah lapar sangat la tu.

3. Nangis. Masa umur 6 tahun aku puasa setengah hari je. Suatu hari tu mak aku suruh puasa penuh sebab adik perempuan aku pun nak puasa juga. Malu beb kalau adik boleh puasa. Sekali aku try, tak tahan haus. Petang tu aku nangis pukul 6 petang. Dah nak berbuka pun. Tapi aku minum juga. Adik aku tengok je kan. Malu beb.

Lepas ni kalau aku teringat lagi cerita-cerita baru, kita share ok. Budak yang menangis tak tahan puasa tu ialah di sebelah kanan dalam gambar di atas... hehehe

Monday, August 25, 2008

Celebrate merdeka ataupun sambut Ramadhan?

Hari ulangtahun kemerdekaan menjelang tiba pada 31 Ogos ini.

Ramadhan al-mubarak pula akan menyusul pada 1 September.

Sambutannya hanya berjarak sehari. Selama ini kita 'celebrate' ulangtahun kemerdekaan dengan laungan "Merdeka!" tanpa diketahui ataupun dihayati maksud serta nilainya. Celebrate merdeka sampai larut malam. Bersuka ria tak tentu pasal. Apa kaitannya?

Tahun ini, selepas celebrate merdeka kita sambut bulan puasa pula. Macam mana nak sambut? Sehari sebelumnya kita bersuka ria di tengah malam. Keesokkan harinya kita berterawih pula.

Apa patut kita buat sebenarnya? Abaikan sambutan kemerdekaan? Itu memang tak wajar sebab ia adalah lambang kebebasan negara kita. Abaikan Ramadhan? Na'uzubillah...

Ataupun perlu terdetik dalam hati kita bahawa sambutan kemerdekaan sering disambut dengan nilai yang kosong tanpa penghayatan sebenarnya. Bersyukurkah kita apabila mengimbau detik bersejarah kemerdekaan negara?

Kedua-dua sambutan kemerdekaan dan Ramadhan ini adalah penting buat kita. Tetapi bagaimana cara kita menyambutnya? Ada percanggahan ke? Ataupun cara kita yang bercanggah?

Wednesday, August 13, 2008

Buat Perbandingan: Betapa Kerdilnya Kita

MARI kita bayangkan betapa agungnya ciptaan Allah swt. Pastinya keagungan dan kebesaran Allah itu tidak dapat dibayangkan dan terjangkau oleh pemikiran manusia. Memang benar, membuat perbandingan adalah cara terbaik bagi menjelaskan gambaran minda kita mengenai baik atau buruknya sesuatu perkara dan besar atau kecilnya sesuatu kejadian. Ada golongan mengatakan perbandingan ini sebagai "Crazy Size Comparison". Tetapi bagaimana pula dengan kita?

Wednesday, July 30, 2008

Indeks al-Quran Bahasa Melayu dan Terjemahan Maksud Bahasa Inggeris

Beberapa hari ni, ada la beberapa orang member yang share bahan rujukan ni kat aku. Bagi seorang penulis, bahan sebegini sangat berharga dan membantu. Ianya adalah indeks al-Quran dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris. Senang nak guna. Copy dan paste saja. Semoga orang yang buat indeks ni mendapat ganjaran yang selayaknya diterima kerana menyebar serta berkongsi ilmu pengetahuan dengan kita semua. Kalau nak download, klik saja link di bawah ini...

Indeks al-Quran Bahasa Melayu

Al-Quran in English

Tuesday, July 22, 2008

Agro Tourism di Fruit Farm

SERONOK juga kalau sesekali bercuti di tempat damai seperti di Fruit Farm yang memberi kita pengetahuan mengenai buah-buahan, tanaman herba dan binatang ternakan. Biasanya dalam tempoh cuti yang singkat kita lebih suka memilih lokasi yang sibuk seperti bowling, wayang, lepak minum kopi dan sebagainya di sekitar bandaraya. Mungkin itu pilihan masing-masing atas faktor-faktor tertentu.

Ada orang jenis extrovert yang sukakan kemeriahan sebagai suatu keseronokan. Macam aku lak, lebih suka tempat yang damai dan tenang. Alasannya kerana aku lebih cenderung kepada personaliti introvert.

Dalam fruit farm tu aku sangat tertarik dengan kolam ikan Koi. Kalau korang nak tau, ikan ni memang la aku minat. Kalaulah ada peluang dan rezeki lebih, nak juga aku buat kolam ikan Koi kat rumah. Ikan ni senang nak jaga dengan syarat makanan yang diberikan jangan jenis terlalu murah kerana kualitinya boleh sampai menggalakkan bakteria pada ikan. Korang tengok la gambar ni... Punya la geram aku tengok ikan macam ni punya banyak... Fuyoo

Wednesday, July 16, 2008

Wasiat Terakhir Mak Temah

Kisah ni aku dapat daripada email. Mungkin ramai yang dah pernah baca. Tapi aku nak share juga sebab cerita ni lawak giler. Korang baca la. Kepada penulis cerita ni, maaf tak dapat sertakan nama sebab sumbernya tak diketahui...

SETELAH beberapa hari ditempatkan di wad ICU,keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.

Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.

Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas.

Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.

Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka MakTemah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.

Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua......!"

Saturday, July 5, 2008

Acne - Jerawat

Pock start when the pores of the skin become clogged with the type of oil called sebum, which usually Lisette skin and hair. Acne is common during puberty when going to Measure the increase in hormones, which leads to Increase production of sebum skin. Because many of the producing oil glands are on the front, nose and chin, this area is most vulnerable to pustules.

Here are some tips to help prevent breakouts and clear them as soon as possible:

  • Wash your face twice a day (not more) with warm water and mild soap made for people who suffer from acne. Gently massage your face with circular motions. No Scrub. Overwashing and scratching can cause skin to become irritated. After cleansing, skin diseases and the American Academy for the (returned) and recommends the application over - combat - it is (no need for prescription) that contain peroxide lotion benzoyl. This will reduce the oil and bacteria.
  • Do not Bob pustules. It tempting, But here, why should not: the detonation pustules infected material could be paid to more skin, which leads to further swelling and redness, and even scarring. If you notice a Pimple before the next big event, such as the concert dancer, and the skin doctor often, because it deals with less risk you from the wound or injury.
  • Avoid touching your face or your fingers on your face and a tendency of things that bring sebum skin and remnants such as telephone and the receiver. Touching your face can spread bacteria that cause the pores become inflamed and irritated. To keep bacteria at bay, wash your hands before applying anything on your face, such as the treatment of fat or installation.
  • If you wear sunglasses or glasses, make sure you clean them frequently to keep the oil from clogging pores on your eyes and nose.
  • If you get your body count, try not to wear tight clothes, which do not allow the skin to breathe and may cause irritation. As you may wish to stay away from Scarves, rings, caps, which can collect dirt and oil well.
  • Remove your installation before they go to sleep. With the purchase and installation, make sure you choose the brands that say "noncomedogenic" or "nonacnegenic" on the label. Throw away the old fragrances or installation that seems different from when I first bought it.
  • Keep clean and hair from your face to prevent additional oil from the dirt and clogging your pores.
    Protect your skin from the sun. It might seem like Tan masks acne, but it is only temporary. A Tan can cause the body to produce additional sebum, which may lead to the aggravation of your acne, not improve it. Leather tanning also causes damage that will eventually lead to wrinkles and increase the risk of skin cancer.

Tuesday, July 1, 2008

Masuk Bakul Angkat Sendiri

MENGKRITIK dan ‘kondem’ diri sendiri tidak akan mengubah apa-apa pun. Kurangkan sikap suka merendah-rendahkan diri. Kalau boleh, terimalah diri kita seadanya. Setiap yang Tuhan ciptakan itu cantik dan sempurna. Jangan menghina ciptaan Tuhan pada diri sendiri.

Setiap orang akan berubah dari semasa ke semasa. Setiap kali kita mengkritik dan merendah-rendahkan diri, perubahan itu adalah ke arah yang negatif. Tapi kita tak sedar perubahan tu berlaku ke arah yang tak elok. Bagaimanapun, kalau kita terima dan hargai diri seadanya, perubahan tu pasti ke arah yang lebih positif kerana kita lebih berkeyakinan.

Di kalangan kita, mungkin ada orang yang suka ‘kondem’ diri sendiri. Macam mana tu? Pernah dengar dialog-dialog sebegini tak? Cuba lihat contoh-contoh dialog ataupun bisikan hati yang berbunyi seperti berikut. Buruk sangat bunyinya!

* “Alah, mentang-mentanglah kita ni tak cantikkk…”
* “Yelah… Awak pandai! Kita ni bodoh je!”
* “I tak nak tampilkan diri depan orang ramai. Nanti perbuatan tu memalukan diri I sendiri.”
* “Jijik sangat ke aku ni?!!”
* “Elee… barang kita ni murah je…”
* “Mentang-mentang la aku ni miskin…..”

Kalau kita imbas seketika, dialog-dialog sebegini seperti orang merendah diri. Tapi sebenarnya ia adalah kata-kata menjatuhkan diri sendiri. Mana boleh cakap macam tu. Orang lain pun tak nak cakap begitu pada kita. Merendah diri tu lebih tepat kita fahami sebagai ‘tak sombong’, ‘tak bongkak’ ataupun ‘bukan riak’.

Sayang diri ni datangnya juga dari hati. Hati kita mesti membayangkan yang baik-baik dan indah-indah buat diri. Ungkapkan yang elok-elok pada diri sendiri.

Setiap orang tak pernah suka dikutuk ataupun di’kondem’ oleh orang lain. Katalah misalnya kita dikutuk oleh orang-orang yang kurang senang dengan diri kita. Mungkin kita tak boleh nak halang tindakan orang lain yang tak suka kat kita. Tapi, kalau boleh janganlah sampai diri kita sendiri pula yang memulakannya. Silap-silap, orang lain tak cakap apa-apa pun tentang keburukan kita, tapi kita yang perasan sendiri.

Kalau kita tak suka orang lain ‘kondem’ kita, kenapa pula kita nak kondem diri sendiri? Bukankah itu tak sayang diri namanya. Nak harapkan orang lain, tak semestinya kita boleh dapat kasih sayang tu kecuali pada orang-orang tertentu je. Tapi orang tertentu tu termasuklah diri kita juga.

Chit Chat sebelum ni pernah sebut tentang kuasa minda dan pengaruh ungkapan positif pada diri. Memperbanyakkan saranan positif memang ada kesan secara halus terhadap diri kita. Sebaliknya kata-kata yang buruk tu memang menjatuhkan semangat.

Ada kalanya kita merajuk ataupun terasa hati dengan seseorang. Tetapi itu tidak bermakna kita perlu menjatuhkan diri. Sepatutnya bila kita dibuli dan ditindas oleh pihak lain, tiada yang lebih kuat untuk membela melainkan diri kita sendiri. Kalau kita sendiri pun tak boleh harap, apatah lagi orang lain?

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri

Tuesday, June 24, 2008

Don't Make Our Mom Feels Upset

...siapa yang mengutamakan isteri berbanding ibunya maka dia akan dilaknat oleh Allah swt Ibadat fardhu dan sunatnya tidak akan diterima olehNya.

ADA seorang pemuda bernama Alqamah di zaman Rasulullah saw. Pemuda ini rajin beribadat dan banyak bersedekah.

Secara tiba-tiba ditakdirkan Alqamah jatuh sakit dan ianya agak kritikal. Lalu isterinya meminta seseorang untuk memberitahu dan memanggil Rasulullah saw bahawa suaminya sedang nazak kerana sakit.

Rasulullah saw memerintahkan sahabatnya iaitu Bilal, Ali, Salman dan Ammar ra untuk pergi ke tempat Alqamah dan menjenguk keadaannya. Tatkala sampai ke rumah Alqamah, mereka terus mendatangi Alqamah lalu memimpinnya agar mengucapkan La Ilaha IllAllah. Tetapi lidah Alqamah bagaikan terkunci. Dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah itu.

Ketika para sahabat itu menjangkakan bahawa Alqamah pasti akan mati, lalu mereka menyuruh Bilal untuk memberitahu hal itu kepada Rasulullah saw Baginda terus bertanya, “Adakah dia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya, "Ayahnya telah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sudah terlalu tua."

Rasulullah saw bersabda kepada Bilal, "Wahai Bilal, pergilah kepada ibu Alqamah dan sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya, Jika kamu masih mampu berjalan, maka datanglah kepada Rasulullah saw; tetapi jika tidak, maka Rasulullah saw akan datang ke sana."

Ibu Alqamah menjawab, "Sayalah yang lebih sesuai untuk pergi kepada Rasulullah saw” Lalu dia mengambil tongkat dan berjalan hingga memasuki rumah Rasulullah saw Setelah mengucapkan salam, dia duduk di hadapan Rasulullah saw

Rasulullah saw bertanya, "Beritakan hal sebenar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku. Bagaimanakah keadaan Alqamah?" Ibu Alqamah menjawab, "Alqamah rajin beribadah sama ada solat, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak terkira banyaknya."

Rasulullah saw bertanya lagi, "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Ibu Alqamah menjawab, "Saya marah kepadanya." Rasulullah saw bertanya, "Mengapa?" Jawabnya, "Kerana dia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan lebih memenuhi kehendak isterinya berbanding aku dan juga menentangku."

Maka Rasulullah saw bersabda, "Kemurkaan ibunya…. Itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah."

Kemudian Rasulullah saw menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqamah dengan api. Ibu Alqamah bertanya, "Ya Rasulullah saw, puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api di hadapanku? bagaimana perasaan ku akan dapat menerimanya?"

Rasulullah saw bersabda, "Wahai ibu Alqamah, siksaan Allah swt lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin agar Allah swt mengampunkan dosanya, maka relakan ia (redhakanlah kepadanya). Demi Allah swt yang nyawaku ada ditanganNya. Tiadalah bermanfaat solat dan sedekahnya selagi engkau masih murka kepadanya."

Lalu ibu Alqamah mengangkat kedua tangan dan berkata, "Ya Rasulullah, saya bersaksi kepada Allah swt di singgahsana dan kau wahai Rasulullah, juga sesiapa yang hadir di tempat ini bahawa saya telah redha kepadanya (memaafkannya)."

Setelah itu Rasulullah saw memerintahkan Bilal untuk pergi melihat keadaan Alqamah, adakah dia telah mengucapkan Laa ilaha illallah atau pun tidak. Baginda bimbang kalau-kalau ibu Alqamah mengucapkan sedemikian hanya kerana malu kepada Rasulullah saw dan tidak daripada hatinya.

Apabila Bilal sampai di pintu rumah Alqamah, kedengaran suara Alqamah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata, "Wahai kamu semua, sesungguhnya murka ibu Alqamah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan redhanya kini melepaskan kongkongan lidahnya. Maka matilah Alqamah pada hari ini."

Rasulullah saw datang dan memerintahkan supaya mayatnya dimandikan dan dikafankan dengan segera. Lalu ia disembahyangkan oleh Rasulullah saw Sesudah dikebumikan, Rasulullah saw berdiri di sisi atas kubur sambil bersabda, "Wahai para sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isteri berbanding ibunya maka dia akan dilaknat oleh Allah swt Ibadat fardhu dan sunatnya tidak akan diterima olehNya."

Kesan berbuat derhaka kepada ibu bapa itu bukan sahaja akan dibalasi dengan balasan di akhirat atau di akhir-akhir kehidupan sahaja. Akan tetapi dosa yang dilakukan terhadap ibu bapa akan dibuktikan kesalahannya melalui pembalasan di dunia.

Demikian adalah jelas sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Bagaimana pula dengan kita? Derhaka kepada ibu bapa kerana pakwe ataupun makwe? Sedangkan kerana isteri tercinta pun balasannya sebegitu besar, bagaimana pula dengan derhaka kerana mengutamakan orang lain pula?

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Ibu Bapa

Thursday, June 19, 2008

Harga Tiket Bas Paling Murah

Dia dekatkan mulutnya ke lubang cermin kaunter dan menjawab, “RM24 je dik, tiket ni tinggal satu je. Nak tak? Kena cepat ni!” Aku pun terus beli…

DALAM kehangatan naiknya harga minyak pasaran di Malaysia, semua harga barang juga ikut naik termasuklah tambang bas.

Tambang bas antara KL dan JB kini berharga antara RM30 hingga RM40. Kebanyakannya berharga lebih kurang RM35 untuk satu perjalanan satu hala. Kawan-kawan aku kata, jangan sampai lebih RM40, itu bermakna kita ditipu.

Tiga hari lepas, aku ‘out station’ ke KL atas urusan pejabat. Aku bertolak dari JB menaiki kenderaan rasmi pejabat tetapi terpaksa balik ke JB lebih awal dengan menaiki bas.

“Jangan bayar melebihi RM40!!” Itu pesan member aku masa dalam kereta sebelum aku masuk ke hentian bas Puduraya.

Aku meninjau sendiri kaunter-kaunter tiket untuk mendapatkan bas yang bertolak pada waktu terhampir. Masa tu jam pukul 3 petang. Hampir semua tiket bas ke JB bertolak selepas jam 4.30 petang dan harganya adalah RM35 ataupun RM40.

Ronda punya ronda, ada la satu bas yang akan bertolak ke JB jam 4.00 petang. Aku pun apa lagi, tanya la harga tiket berapa ringgit. Jawabnya, “RM24 je dik!”… Aku salah dengar ke ni? Aku tanya lagi, “Berapa kak?” Dia dekatkan mulutnya ke lubang cermin kaunter dan menjawab, “RM24 je dik, tiket ni tinggal satu je. Nak tak? Kena cepat ni!” Aku pun terus beli…

Dalam hati berkata, “Aku ni kena tipu ke? Takkan la murah sangat? Tapi aku beli tiket ni kat kaunter. Takkan la dia nak tipu. Lain la kalau aku beli dengan ulat.”

Tepat jam 4.00 petang aku terus turun ke platform dan bas yang aku nak naik tu memang ada. Lega rasanya. Memang betul aku tak kena tipu. Tapi aku terfikir, “Ni mesti empat seat punya bas dalam sebaris. Takpelah tiket murah memang la sempit sikit.”

Bila aku naik je bas tu, hairan bin ajaib. Bas tu sebaris ada tiga seat. Wah, ini sudah bagus. Aku terus duduk di belakang sekali sebab aku paling akhir beli tiket. Datang sorang cina duduk sebelah aku. Aku tanya dia, “Berapa harga tiket?” Dia jawab, “RM24… kenapa? Kau kena tipu ke?” Aku jawab, “Eh taklah, aku dapat harga yang sama.”

Cina tu ramah. Dia kata, “Aku ulang alik tiap-tiap minggu ke KL dan JB. Ini la bas yang aku percaya dan aku takkan cari bas lain. Kalau kau nak beli tiket bas, kau cari bas KKKL. Dia punya harga memang maintain dan jadual perjalanan memang ok. Lagipun aku suka sebab dia ikut trek bas yang sepatutnya. Takde la ikut jalan dalam or jalan pelik2 sampai kita nak rancang turun di tengah jalan pun susah.”

Aku mengangguk dan senyum. Kitorang terus berborak panjang.

Kisah ni bukan bertujuan untuk aku promosi syarikat bas berkaitan. Cuma bagi aku syarikat bas yang mulia macam ni memang layak diberi publisiti supaya kita sokong perniagaannya untuk lebih maju. Tapi korang mungkin boleh survey sendiri.

Saturday, June 14, 2008

Charismatic Leadership

KELIHATAN menarik dan anggun adalah aspek yang diperlukan untuk mendapatkan serta mengumpulkan pengikut”

“PERCAYA pada diri adalah keperluan asas bagi seorang pemimpin”

“ORANG ramai biasanya akan mengikut seseorang yang mereka kagumi secara peribadi”

KEBANYAKAN ahli politik menggunakan gaya berkarisma dalam kepemimpinannya. Biasanya mereka cuba menggunakan karismanya untuk mendapatkan sokongan daripada seramai pengikut yang boleh.

Kalau kita cuba nak meningkatkan karisma, gaya pengucapan para pemimpin politik dan cara mereka berinteraksi adalah salah satu sumber pembelajaran yang baik.

Para pemimpin dalam bidang agama seperti pak imam dan ustaz-ustaz juga ada menggunakan karisma dalam kepemimpinan mereka.

Karisma boleh kita katakan sebagai kualiti bagi personaliti diri seseorang yang menjadikan dia kelihatan berbeza ataupun unik di kalangan orang lain. Senang cerita, karisma tu satu imej diri yang “lain daripada yang lain” ataupun “istimewa” dengan personaliti diri kita yang hebat, luar biasa dan sekurang-kurangnya memiliki kuasa tertentu.

Karisma ni bukan benda ajaib yang berkaitan dengan ilmu-ilmu ghaib. Ia dah pun dikaji sebagai satu set tingkah laku ataupun sifat. Mereka ungkapkan karisma ini juga sebagai magnetisme peribadi (lebih kurang macam daya tarikan peribadi la).

Secara rambangnya, karisma boleh diciptakan sebagaimana yang kita selalu tengok dalam TV. Macam cerita-cerita mengenai hero yang berlawan dengan ditambah “sound effect” tertentu. Ataupun bila dia pukul orang, ada bunyi “bish, bish, bish!” lalu orang jahat pun terpelanting jauh. Biasanya hero ada gaya tersendiri dan pakaian yang “stylo”.

Itu cara “movie” nak bangkitkan karisma pelakon utama. Kita tengok pun kagum kan? Apa pula cara kita? Mungkin berpakaian kemas. Mempunyai gaya yang waras. “kontrol hensem?” ikut cara masing-masinglah, mana satu yang sesuai jadi keistimewaan diri sebagai pemimpin.

Ada seorang profesor yang mengkaji bidang ini mengatakan bahawa orang yang berkarisma mempunyai tiga sebab utama iaitu:

  • Mereka merasakan bahawa emosi mereka agak kuat.
  • Mereka lebih menampilkan diri kepada orang lain.
  • Mereka juga tidak terkesan dengan pengaruh orang lain yang juga berkarisma.

Profesor ni pun ada ajar juga mengenai tip-tip mudah macam mana nak jadi lebih berkarisma. Nak tak? Ambil jelah! Tip-tipnya adalah seperti berikut:

  • Ingin berkarisma di kalangan orang umum? Ketika sedang bercakap dengan orang, tegakkan dada dan bahu supaya kelihatan tegap bertenaga. Jangan sampai tertonggek sudah la. Elakkan memegang ataupun meletakkan tangan di bahagian muka sendiri. Jangan kejung sangat tetapi lebih bersantai. Kedudukan tangan diletak di sisi seperti biasa. Penampilan dalam kekemasan diri, berpakaian dan imej juga penting. Cuba tiru gaya seseorang yang kita anggap berkarisma.
  • Nak nampak berkarisma kepada seseorang? Tarik perhatian supaya mereka menyedari kehadiran kita dan tunjukkan bahawa kita “enjoy” berada bersama mereka. Mengangguk kalau mereka bercakap. Kalau sama jantina, cuit-cuit la sikit lengannya dan kekalkan hubungan mata (eye contact).
  • Macam mana pula di kalangan sesebuah kelompok? Jangan terlalu mengeluh kalau jadi ketua. Selesakan diri dengan tanggungjawab tu. Selalu la meronda-ronda supaya nampak lebih bersemangat. Ambil berat mengenai setiap bahagian dan setiap ahli dalam kumpulan. Kira macam mesra rakyat la ni.
  • Berkarisma pada idea. Keluarkan idea yang luar biasa dan baru. Buat pembaharuan dan kontraversi. Kalau boleh idea tu mesti disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.
  • Karisma pada ucapan dan percakapan? Tekankan aspek kejelasan, kepetahan, bertenaga dan menggerakkan minda orang yang mendengar.

Pokok pangkalnya, karisma boleh kita bina melalui pembentukan personaliti diri yang ideal. Kalau penampilan kita pun comot, macam mana nak timbul aura karisma tu. Jadi pemimpin ni kenalah bina keyakinan orang melalui pandangan pertama mereka kat kita. Perangai biar elok, pakaian biar anggun, diri biar terurus dan kelebihan diri biarlah unggul.

Nak jadi seorang yang berkarisma? Mulakan dengan amalan-amalan kecil dulu sebagaimana tip-tip di atas. Kalau dah mahir, bolehlah pelajari daripada orang-orang yang kita fikir hebat seperti pemimpin-pemimpin terkenal dan sebagainya. Jangan sampai tiru pakaian Spiderman sudah la! Itu semua cerita imaginasi saja ok.

Wednesday, June 11, 2008

Say right even its bitter

A liar can’t be trusted; even they tell you a truth.

THAT is our evaluation about a liar. Once we lied and it had been caught, peoples will never give a total trust to us.

As I have read from an article authored by Psychiatric Nurse, Derek Wood, PhD Candidate from Get Mental Help Inc., Mental Health Matters, there are a number of reasons that people lying. Those reasons are:

  1. Fear. This is the most common reason because they are taking shelter from the perception of punishment. They think that lying can safe them from any punishments
  2. Habit. It can be a reason to lie too. Even when confronted by the truth, insist on the lie is the truth in this case
  3. Learning through modeling. When people see others lie, especially when they get away with it, they may become more prone to lie
  4. Lying to get what they want

The reason on number 2, 3 and 4 are irrelevant action to behave. But the first reason about avoiding punishment, fear and danger may be used for some situation.

As reported by Bukhari and Muslim, once upon a time our prophet, Muhammad sitting under a tree with his companion (sahabat). Suddenly a Quraish infidel in anger comes with a sword in his hand and asking, “O, Muhammad have u see someone had just passing here?” Muhammad standing up and says, “Since I standing, I’m not seeing anyone passing here.” Then, the asker leaves with full of anger on his face.

The companion feel confuse hearing the answer of Muhammad because the truth is there is really a man in extremely fear passing by the place before the Quraish arrive. So the companion asks a description about the scenario.

Muhammad says, he only saw the man that wanted by Quraish during he sits, not during he stands up. The Prophet’s answer was, “Since I standing, I’m not seeing anyone passing here.”

It’s a miss direction to save a life!!!

What is our stand about lying behavior? Are we lie because of fear, as a habit, social learning or to get what we want? Are we a fully trusted person for others?

Saturday, June 7, 2008

Start Your Engine

...keletihan dan bercelaru sendiri apabila melihat keadaan bilik yang langsung tak menyenangkan. Buku yang dibawa tadi masih dicampak lagi ke atas meja. Sama seperti yang pernah dilakukan pada hari-hari sebelumnya... Korang menghempas lesu tubuh ke katil dan termenung. Memikirkan apa nak jadi pada diri korang. Setiap hari melakukan kecuaian yang sama.

PERNAHKAH pada suatu hari, korang terlambat bangun dari tidur untuk pergi kelas? Kemudian dengan laloknya, korang bangkit dan duduk di tepi katil dengan mata yang tertutup. Terfikir pula, “Nak masuk kelas ke tak nak? Memang sempat lagi kalau nak pergi. Tapi kena cepat la sikit”. Lalu korang pun bingkas bangun membulatkan mata bersiap-siap menguruskan diri.

Tahniah diucapkan kerana kerang sudahpun “memulakan” sesuatu tindakan. Maka dengan permulaan tindakan itu, akhirnya korang berjaya melawan malas dan dapat ke kelas. Tetapi, katil ditinggalkan begitu sahaja tidak berkemas. Baju belum bersterika, seluar pun diambil daripada yang bergantung di belakang pintu. Sudah lebih 10 kali dipakai, tetapi masih belum dibasuh.

Buku yang ingin dibawa ke kelas pula berterabur di atas meja bukan kerana selalu dibaca, tetapi kerana setiap hari buku itu tidak dihiraukan serta hanya jadi teman yang diambil dan diletak untuk dibawa ke kelas sahaja.

Di sekitarnya pula ada bermacam-macam benda. Ada CD MP3 Rock, movie dan software yang kita guna beberapa hari lalu. Ada juga kopiah, resit beli barang, tiket bas, kertas conteng, cawan teh, gel rambut, minyak gamat dan berbagai khazanah lagi. Sehinggakan nak cari sebatang pen pun susah akibat terlalu serabut.

Lepas balik dari kelas, korang keletihan dan bercelaru sendiri apabila membuka pintu bilik melihat keadaan yang langsung tak menyenangkan. Buku yang dibawa tadi masih dicampak lagi ke atas meja. Sama seperti yang pernah dilakukan pada hari-hari sebelumnya sehingga ia menjadi penyebab meja berselerak.

Korang menghempas lesu tubuh ke katil dan termenung. Memikirkan apa nak jadi pada diri korang. Setiap hari melakukan kecuaian yang sama.

Korang pun bangun dan mengemas sedikit demi sedikit. Tanpa disedari korang makin seronok mengemas kerana melihat keadaan nampak lebih selesa. Hinggalah pakaian yang dibiarkan lama terus dicuci dan buku-buku disusun tegak macam dalam perpustakaan.

Tiba-tiba korang dapat idea untuk menjadikan bilik yang canggih. Ada rak buku. Ada bakul sampah. Ada sistem nota yang tersusun dan berwarna-warna indeksnya. Katil sentiasa berkemas sehinggakan korang sendiri pun rasa selesa pada setiap kali pulang dari kelas. Kalau tiba masanya menunaikan solat; sejadah, kain, kopiah, tasbih dan selipar jepun semuanya ada dan korang dapat beribadat dengan selesa.

Dalam apa sahaja rancangan dan cita-cita, mulakan sahaja dan kita akan terus mendapat semangat melaksanakannya.

Kita selalu merancang, “Bila aku bersemangat nanti, aku akan mula belajar bersungguh-sungguh”, “Bila aku ada mood, aku akan bekerja sekaligus menyiapkan kerja itu.” Setiap kali kita berfikir dan merancang, maka mulakanlah ia walaupun selangkah. Jangan tunggu-tunggu.

Percayalah bahawa korang akan mendapat kekuatan dan semangat untuk sesuatu perkara setelas kita memulakannya. Oleh itu, antara faktor kejayaan sesuatu perancangan ataupun matlamat adalah tindakan “memulakan”.

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Langkah Kejayaan

Tuesday, June 3, 2008

Joli Katak dan Tabung Ayam: Korang macam mana?

ADA orang tak akan membeli jika tak ada keperluan pada sesuatu barang tu. Biar la harganya murah giler, dia tetap tak peduli walaupun masa tu dia memang ada duit...... Ada gak orang yang sediakan tabung ayam (atau bentuk buah, binatang comel dsb.) untuk kumpulkan duit syiling yang selalu kita sepah-sepahkan macam tak ada harga. Akhirnya bila dah dikumpul, sekali korek ada lebih RM50 dalam tabung......

SETIAP hari kita selalu fikir tentang macam mana nak tambah duit untuk berbelanja dan juga cara untuk simpan duit.

Hidup kita sentiasa rasa tak cukup. Bila ada duit, dah beli macam-macam (joli katak) dan waktu tu juga kita akan semakin dahaga untuk mendapatkan barang lain lak. Itu la nafsu kita yang tak pernah puas. Macam mana pun, kita kena tambah duit belanja sebab barang keperluan pun makin naik harga dan barang mewah pun dah jadi satu keperluan gak sekarang ni.

Setelah dapat duit, kita berhadapan lak dengan masalah ‘gatal tangan kiri’ sebab nak berbelanja. Selagi ada duit, rasa cam gatal je nak habiskan. Kalau gitu la gayanya, memang susah la nak menyimpan duit.

Ada macam-macam cara untuk dapatkan duit dan banyak juga cara untuk berjimat. Sama ada ia berkesan pada diri kita ataupun tidak, itu bergantung pada kesesuaian cara tu dengan diri sendiri dan bagaimana kita boleh kawal nafsu. Hehehe.

Ada orang tak akan membeli jika tak ada keperluan pada sesuatu barang tu. Biar la harganya murah giler, dia tetap tak peduli walaupun masa tu dia memang ada duit. Betul juga. Sesuatu barang yang tidak diperlukan, jika dibeli juga menandakan kita telah membuat suatu pembaziran. Ini satu idea yang baik supaya kita tak terpengaruh dengan taktik dan tawaran peniaga.

Ada gak orang yang sediakan tabung ayam (atau bentuk buah, binatang comel dsb.) untuk kumpulkan duit syiling yang selalu kita sepah-sepahkan macam tak ada harga. Akhirnya bila dah dikumpul, sekali korek ada lebih RM50 dalam tabung. Itu satu simpanan juga.

Apa taktik atau cara korang nak tambahkan duit dan meningkatkan simpanan? Kalau ada tip untuk berjimat cermat pun bagus juga untuk kita kongsi kat sini. Adakah cara korang berkesan ataupun hangat-hangat taik ayam je?

Friday, May 30, 2008

CHIT CHAT XPRESIF



BLOG INI SUDAH DINAIKTARAF KE http://chitchatxpresif.com bagi penglibatan setiap peringkat umur. Sekian, harap maklum.

Masa Berlalu Macam Cerita Gaban?

TIDAK akan datang kiamat sehinggalah masa dirasakan semakin singkat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sesaat.”

KALAU kita mengejar masa, itu maknanya masa berlalu lebih cepat sedangkan kita ketinggalan. Macam orang kejar bas sekolah sebab terlewat bangun tido. Kalau kita asyik mengejar masa itu maksudnya kita selalu lewat dan ketinggalan.

Kalau kita dikejar masa, maknanya masa berada di belakang kita. Macam mana nak jadi lebih cepat daripada masa?

Macam mana nak jadikan masa tu mengejar kita? Padahal masa tak boleh diubah… jawapannya terletak dalam diri kita. Ubah diri sendiri supaya lebih cepat daripada masa. Bukan ubah masa supaya lebih lambat daripada kita.

Senang je caranya. Antara taktik yang kita boleh buat ialah:

  1. Cepatkan sedikit jam tangan korang. Kalau sekarang pukul 10.00 pagi, korang cepatkan jadi 10.15 atau 10.30 pagi. Sure korang takkan lambat.
  2. Kalau berjanji atau buat plan, sediakan masa spare. Mana la tau ada halangan yang buatkan kita lambat. Contohnya, kalau temujanji pukul 3 petang, anggap je temujanji tu pukul 2.00 atau 2.30 petang.
  3. Biasakan berada di suatu tempat lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Masa sentiasa bergerak dan tidak akan tukar speed jadi slow ataupun laju ataupun patah balik macam cerita Gaban. Kita la yang kena cepat.

Tapi kan, kita sekarang boleh rasa ada kalanya masa tu berjalan cepat giler dan kadang-kadang macam lambat sesangat. Kenapa boleh jadi macam tu?

Aku pernah berborak dengan sorang pakcik tu. Dia cerita la macam mana masa boleh dirasakan berlalu sangat pantas sampai kita rasa sentiasa tak cukup masa untuk buat sesuatu. Katanya, kalau ada masalah macam tu, bersolatlah di awal waktu. InsyaAllah masa tu akan ada berkat dan kita akan rasa masa yang sedikit tu banyak manfaatnya.

Pernah gak aku terbaca sebuah hadis nabi yang bermaksud, “Tidak akan datang kiamat sehinggalah masa dirasakan semakin singkat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sesaat.”

Apa maksudnya? Kerja bermanfaat yang kita buat dalam setahun tu cuma macam kerja sebulan, sebulan macam seminggu, seminggu macam sehari, bla bla bla… Sebab tu la rasa masa cepat berlalu sedangkan banyak kerja masih belum selesai.

Jom la kita didik diri kita untuk jadi orang yang ‘punctual’ atau menepati masa dan banyak manfaat dalam masa yang sedikit. Buang la mentaliti ‘janji M*l*y*’ yang kita selalu persendakan tu. Ada beza antara orang yang berjaya dengan tidak. Orang berjaya lebih cepat menyelesaikan misinya dan orang yang gagal suka bertangguh lalu ketinggalan.

Tuesday, May 27, 2008

Mat Rempit Junior


"JOM kita konvoi berbasikal meronda tempat yang lebih best. Orang kat kawasan lain belum tengok lagi kita punya skill pacak!!” Itu mungkin dialog salah seorang daripada Mat Rempit Jr. bersama geng dorang pada waktu musim cuti sekolah (aku rasa la!).

Semalam masa aku drive balik dari pejabat, ternampak sekumpulan remaja muda berbasikal di jalanraya utama menuju ke bandar.

Enjoy betul dorang ni nampaknya. Ketawa besar kayuh basikal yang lebih kecil daripada badan dorang. Timbul pula persoalan, dorang ni nak ke mana ek? Betul ke ini aktiviti dorang dalam cuti sekolah?

Tak penat ke mengayuh? Dorang berkonvoi dalam cuaca panas terik dan naik turun bukit. Terhenjut-henjut badan dorang kayuh basikal masa naik bukit.

Bila dah penat, dorang akan berlonggok ramai-ramai di tepi jalan ataupun di perhentian bas untuk berehat. Mungkin gak tengah tunggu ada 2-3 orang yang tertinggal mengayuh di belakang.

Malam tahun baru ataupun hari kemerdekaan pun dorang keluar berkonvoi sampai tengah malam mengibar bendera dan bersorak. Mak bapak dorang tak kisah ke?

Ada sekali tu, aku terpaksa hon panjang sebab ada budak-budak basikal yang melalui tengah jalan tu dari arah bertentangan beramai-ramai sambil ketawa. Aku jugak yang kena tekan brek mengelak dorang.

Macam tulah sikap orang kalau dah dalam kelompok yang ramai. Berani lak buat benda-benda yang bahaya. Tapi xpert gak ek?

Mungkin korang biasa tengok kumpulan remaja muda macam ni di sekitar jalanraya kan? Cuma kita pelik sebab dorang ni berkonvoi dalam susah payah dan risiko untuk apa ye? Apa matlamat dorang? Apa projek dorang ni sebenarnya? Ada sesiapa yang lebih memahami kelompok geng basikal ni tak? Betul ke dorang ni generasi pelapis budaya rempit untuk masa akan datang?

Friday, May 23, 2008

Cuti-cuti Malaysia di rumah


APA yang korang buat masa cuti sekolah ha? Melepak? Main free online game? Belek Handphone Nokia korang? Tidur? Tengok movie Iron Man atau Indiana Jones yang baru tu ke? Baca Marvel Comic (iron man lagi)? Ataupun hanya buat tawaf berkali-kali dalam rumah? Lepak dengan member? Apa aktiviti korang sepanjang cuti ni? Ada plan tak?

Untunglah kalau ada ibu bapa yang nak bawa korang pergi Cuti-cuti Malaysia. Memang terdapat banyak tempat menarik di negara kita termasuk tempat untuk Jalan-jalan Cari Makan. Terisi juga masa cuti kita! Jangan korang bercuti kat Pulau Batu Putih dah la heheheh

Bagus juga kalau dapat menyertai program seperti kem motivasi alihan pelajar ke ataupun apa saja aktiviti yang dapat mengisi masa lapang dan meningkatkan pembangunan diri.

Macam mana pula kalau tiada program yang dirancangkan oleh mak bapak kita? Kalau macam tu, kita kenalah jadi survivor untuk berdikari merancang aktiviti dalam dan luar rumah di sepanjang waktu cuti. Jangan sampai korang boring duduk dalam rumah dan masa tu juga akan timbullah idea-idea jahat yang boleh mensia-siakan masa cuti.

Sebenarnya dalam rumah ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Sebagai contoh, ini adalah masa yang sesuai untuk kita merapatkan hubungan dengan ahli keluarga. Bagi yang perempuan, mungkin ini masanya untuk korang masuk kursus memasak, menjahit atau sebagainya di rumah. Bagi lelaki pula, korang tolong la bersihkan apa-apa yang patut.

Tips yang baik bagi mengelakkan rasa bosan yang terlampau pada waktu cuti ialah dengan membuat perancangan awal pada waktu malam sebelum tidur. Plan mesti ada mengenai apa yang nak kita buat pada keesokkan harinya. Biasanya kalau kita tak rancang, keesokkan harinya akan menjadi hari yang sangat membosankan. Cuba la ye…

Wednesday, May 21, 2008

Video 3GP Melayu Bertudung Macam Goreng Pisang Panas

SEKARANG ni dah banyak banyak tersebar video lucah Melayu dalam format 3GP yang dirakam menggunakan handset. Antara yang popular adalah melibatkan wanita bertudung.

Apa tujuan dorang yang sebarkan ye? Apakah mungkin tujuannya untuk memalukan mangsa sebab dia tu awek yang dah diratah kemudian akibat salah faham dorang pun clash lalu berdendam? Ataupun kononnya untuk bagi pengajaran dan dakwah pada mangsa supaya menjaga kehormatan diri, tapi betulkah itu caranya? Ataupun yang sebarkan sendiri pun stim sama sebab jarang sekali gadis bertudung beraksi macam tu, selalunya mat salleh je yang buat?

Tapi kesian juga. Ada mangsa yang diperdayakan oleh teman lelaki dan ada juga yang memang rela. Akibatnya, mangsa tanggung malu bahkan masa depan mangsa pun boleh hancur begitu saja.

Akhirnya timbul satu mentaliti yang mengatakan bahawa "wanita bertudung tak semestinya baik" ataupun "wanita bertudung lebih panasss" padahal memakai tudung adalah satu kewajipan menutup aurat dalam agama. Bagi yang sempit pandangan, semua wanita bertudung dikenakan tempiasnya walaupun mereka semua tu baik-baik belaka.

Dalam hal ni, yang tukang sebar pun boleh dipertikaikan juga sebab akibat tindakan dorang, imej agama wanita bertudung boleh tercemar dan mangsa sendiri pun menganggung malu. Oleh itu, kalau kita nak kawal gejala ni, lebih baik kita jangan jadi agen yang menyumbang penyebarannya.

Wanita yang beraksi dan lelaki yang merakam dah memang la buat dosa. Tapi yang tukang sebar dan buka aib orang pula apa hukumnya? Seronok ke?

Apa pendapat korang? Siapa agaknya yang bersalah? Yang tukang beraksi ataupun yang tukang sebar?

Tuesday, May 20, 2008

Power tindakan last minute... kekalkan

ORANG yang betul-betul belajar tu bukan jenis ikut musim. Biasanya kita hanya study masa nak dekat exam je. Masa tu, kitalah orang paling rajin yang tak kenal erti lapar, penat lelah, mengantuk dan sebagainya. Masa tu juga la kita jadi orang paling bijak dan cerdas.

Tapi kesungguhan tu hanya sementara. Suasana pembelajaran yang hangat terhenti lepas exam, semua orang berhenti belajar dan terus rilek. Kita lupa bahawa menuntut ilmu itu kena berfungsi di sepanjang hidup, bukan pada waktu tertentu je.

Body yang diberi latihan boleh jadi ideal sama ada dari aspek kekuatan, kecantikan bentuk, ketangkasan, kecekapan dan sebagainya. Tapi kena la training lebih sikit dan berterusan.

Macam tu gak dengan otak dan semangat kita. Cuba kita ingat balik, masa musim exam otak kita berada di tahap yang power. Punya la power sampai kita boleh faham dan ingat sekelip mata sampai kita mampu study ‘last minute’.

Hakikatnya, semakin otak diberi bebanan yang tinggi, makin meningkat la aktiviti sel-selnya dan saiz urat-uratnya sampai ia mampu menyalurkan lebih power ke dalam otak.

Jadi, apasal pulak kita nak sia-siakan power tu? Padahal, pada setiap kali kita pening pasal study dan masalah, maka kesakitan tu buat kita jadi lebih power. Kalau macam tu, elok kita kekalkan ke’power’an tersebut.

Kalau nak kekalkan, terus la study walaupun exam dah tamat. Ada banyak pengetahuan dan pelajaran sampingan yang perlu kita ketahui dan kuasai. Banyakkan terlibat dengan aktiviti minda dan membaca.

Sebenarnya, orang yang rugi ialah yang ekstrim serta ikut musim dalam setiap usaha tapi tak berterusan. Cuba perhatikan sikap orang yang berjaya. Belajar tak ikut musim. Idup dia dipenuhi dengan macam-macam projek tambah pengetahuan dan berfikir. Bersungguh-sungguh dan berusaha setiap masa. Tiada pasang surutnya.

Imam as-Syafi’e pernah berpesan yang maksudnya: “Orang berilmu bertanya mengenai apa yang diketahui dan belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.”

Apa korang buat masa cuti haaaaa??!!!

Thursday, May 15, 2008

Forum Chit Chat Remaja

HAI kekawan... Nak bagitau ni... Gua dah bikin Forum Chit Chat Remaja untuk korang bersuara...

Kat situ ada la topik pasal ikan bagi peminat ikan hiasan... Orang2 yang minat ikan ni asyik menghadapi masalah yang sama iaitu ikan tergolek lalu mati... tapi nak bela ikan gak... kalau gitu mari kita belajar dulu cara2 bela ikan macam kat kedai ikan...

Ada juga ruang untuk lepas geram dan mengadu masalah... soal nak cover identiti tu, pandai2 korang la ye...

InsyaAllah kita akan bersama2 encik Usop Semput yang akan memberi tip-tip diet berkesan... Diet beliau ada Diet Versi Kenyang... macam menarik je tu... nak tau menarik atau tak, sila la ajukan soalan kat forum tu nanti... dia ni pemalu sikit, dah ditanya baru keluar taring.... mari kita keluarkan taring dia sama2...

Kalau ada topik baru nak diutarakan, boleh je cadangkan kat gua ok... ni forum chit chat... lantak korang la nak borak pasal apa pun...

Monday, May 12, 2008

Online Game dan Sindrom Cyber Cafe

APA pendapat korang tentang ‘penagih cyber café’? Aku pernah buat tinjauan rambang di beberapa buah cyber café. Peliknya, aku perhatikan cafe tu tak pernah sunyi dikunjungi remaja, bahkan budak-budak sekolah. Tak kira sama ada masa tu time waktu sekolah, petang ataupun lewat malam. Cafe tu sentiasa dikunjungi silih berganti.

Pelanggan cyber café ni kebanyakannya terdiri daripada orang yang sama setiap hari. Aku perhatikan, dorang sanggup berlonggok berkongsi sebuah komputer, ataupun duduk main game walaupun selama setengah jam (bayar lebih kurang RM 1). Lepas tu, dorang nampak macam gelisah sebab tak puas main game kat situ. Lepas tu dorang berlegar-legar tengok orang lain main game ataupun pulang ke rumah dorang yang berhampiran dan kembali dengan sedikit wang lagi untuk terus bermain.

Dalam tu ada macam-macam perangai. Dari yang berumur lingkungan 9 tahun hinggalah ke umur sekolah menengah, tingkah laku dorang memang kurang manis dalam tu. Dengan yang bersorak, mencarut dan khayal bermain game. Anak sapa la tu ek? Ada yang baru sekolah rendah tapi masih melepak di cafe jam 11 sampai 3 pagi. Tak sekolah ke?

Penah gak aku perasan sorang budak umur lebih kurang 12 tahun merayu-rayu dengan amoi cafe tu. Bila aku lalu dekat-dekat, rupanya dia merayu supaya amoi tu bagi dia hutang utk main game. Kesian aku tengok.

Berapa ramai la agaknya yang masuk ke situ untuk mencari informasi dan berapa ramai pula yang hanya untuk main game serta berchatting?

Kesian kan? Dorang ni nampak macam tersiksa dengan ketagihan macam tu. Sampai korbankan masa dan wang ringgit tanpa disedari. Sepatutnya, macam mana tingkah laku dan tabiat tu boleh bermula, maka macam tu juga kita boleh melatih diri untuk menghindar dan membentuk tabiat baru yang lebih bermanfaat.

Ada ke sapa2, adik2 ataupun kekawan yang terjebak dalam sindrom cyber cafe ni? Patut ke kita tolong dorang? Ataupun kita anggap benda ni satu kejadian normal? Cuba korang lepak cyber cafe kejap dan perhatikan tingkah laku bebudak tu...

Saturday, May 10, 2008

Selamat hari ibu...

"YA ALLAH, ampunilah dosaku serta kedua ibu bapaku, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil."

PEMBERIAN paling berharga ialah doa kepada mereka pada setiap hari dan masa. Hari ibu adalah ruang untuk kita mengungkap rasa kasih dan menghargai mereka. Lakukanlah sesuatu yang menggembirakan dan hadiahkan mereka suatu pemberian sebagai satu tanda yang lebih bermakna pada kandungannya.

Mungkin hari ini adalah hari yang sesuai untuk kita memperbaharui keintiman hubungan kasih sayang dengan ibu. Kenangkanlah jasa mereka dan hayati, nescaya kita akan terharu dan mengalirkan air mata betapa ianya tidak dapat dibalas walaupun dengan segunung emas.

Selamat hari ibu...

Thursday, May 8, 2008

Orang Tua, Budak dan Keldai

"Jika kita ingin berjaya, bersedialah untuk memiliki sepasang telinga yang kebal. Orang akan mengkritik selagi kita melangkah berjaya. Orang hanya akan diam jika kita berada di takuk yang lama."

SUATU masa dahulu, di salah sebuah perkampungan terdapat seorang tua memiliki seorang anak yang masih budak lagi. Kehidupan sebagai warga desa ketika itu tidaklah semewah kehidupan kita di kawasan bandar yang penuh kesibukan ini. Orang tua tersebut tidak memiliki kereta tetapi hanya memiliki seekor keldai.

Suatu hari, si ayah bercadang untuk menjual keldainya di sebuah bandar berdekatan. Mungkin untuk membuat sedikit ‘trade in’ kepada seekor kambing, lembu, atau pun sebagainya. tak apalah, itu semua tak penting. Yang penting ialah dia akan menjual keldainya di bandar berdekatan.

Dalam perjalanan ke bandar, mereka hanya berjalan kaki melalui lembah-lembah yang sesekali akan beriringan dengan sebatang sungai. Si ayah berjalan bersama anaknya. Sedangkan keldai yang jinak itu berjalan di hadapan mereka. Si ayah bernyanyi dan diselangi dengan kata-kata lawak yang menghiburkan si anak. Seronoknya perjalanan mereka.

Dalam perjalanan tersebut, mereka bertemu dengan seorang petani yang merupakan sahabat karib si ayah. Si petani itu menegur dan mengkritik: ‘Apa gunanya kau berjalan bersama seekor keldai, sedangkan engkau tidak menjadikannya sebagai pembantu dengan meletakkan beban?’ Si ayah menjawab: ‘Biarlah, aku tidak membawa barang untuk dibebankan kepada keldai. Kami hanya berlenggang kangkung sahaja.’ Si petani membalas: ‘Tetapi, bukankah keldai berfungsi untuk membawa beban dan membantu kita?’

Si ayah terfikir: ‘Betul juga cakap member tadi tu.’ Lantas dia pun menerima cadangan petani tadi dan meletakkan anaknya sebagai beban kepada keldai tersebut. Anaknya gembira menunggang keldai. Mereka meneruskan perjalanannya.

Dalam perjalanan mereka, bertemu pula dengan seorang teman lain yang kelihatan ingin menyibuk sekali lagi. Dia melihat telatah anak beranak tersebut bersama keldai mereka. Si penyibuk itu berkata: ‘Sungguh tak patut korang buat begini. Ada ke patut budak yang masih kuat ini diletakkan menunggang keldai sedangkan lelaki tua yang kurang berdaya dibiarkan berjalan kaki?’

Lalu si ayah pun mengakui bahawa ada benarnya pendapat orang tersebut. Dia sepatutnya mengajar anaknya berbakti dengan baik supaya menghormati orang tua. Seterusnya si ayah pun bertukar tempat dengan anaknya. Kini anaknya pula yang berjalan kaki dan ayahnya si tua pula yang menunggang keldai. Perjalanan masih diteruskan.

Tidak berapa lama kemudian, mereka bertemu pula dengan seorang kenalan lagi. Orang yang ditemui juga mengkritik dan mengatakan: ‘Apa yang engkau buat ni? Ada ke patut sebagai seorang ayah engkau bersenang lenang menunggang keldai, sedangkan anak engkau dibiar berjalan kaki seperti seorang hamba?’

Si ayah agak terkejut ditegur sedemikian rupa. Dia sangat menyayangi anak lelakinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, si ayah menarik dan mengangkat anaknya naik ke atas keldai. Maka jadilah keldai itu ditunggang bersama oleh si ayah dan si anak. Bagaimana agaknya keadaan keldai tersebut ya?

Belum sempat meneruskan perjalanan, lalu pula sekumpulan anak-anak muda. Mereka juga bersuara kerana melihat keadaan keldai yang kecil itu ditunggang oleh dua orang. Mereka menegur: ‘Kasihan dengan keldai itu. Kenapa la tuannya meletakkan beban sebegitu berat pada keldai? Tak patut betul!’

Si ayah mula berasa bosan dengan teguran-teguran tersebut. Dia mula naik angin kerana segala yang dilakukan dipersalahkan oleh setiap orang yang ditemui di sepanjang jalan. Membiarkan keldai tanpa beban dipersalahkan; anaknya menunggang keldai juga dipersalahkan; dirinya sendiri menunggang keldai juga dipersalahkan; kini setelah kedua-duanya menunggang keldai bersama juga dipersalahkan kerana seolah-olah menyiksa haiwan peliharaan. Serba salah dibuatnya.

Akibat terlalu mendengar banyak komen dan kritikan setiap orang, si ayah merasa sangat tertekan kerana tindakannya dianggap tidak pernah betul. Akhirnya dia berhenti berjalan dan mengikat keldainya pada sebatang kayu. Kaki keldai tersebut diikat dengan menggantungkannya pada sebatang kayu untuk dipikul. Maka berjalanlah mereka anak beranak sambil memikul keldai tersebut.

Tetapi tindakan mereka masih tidak menyelesaikan masalah. Mereka juga tidak berjaya menutup mulut orang lain daripada mengkritik mereka. Tindakan ini semakin menambahkan kritikan orang lain, bahkan membuatkan lebih ramai orang tertawa melihat telatah mereka.

Akhirnya, akibat tidak tertahan mendengar kritikan dan gelak ketawa orang ramai, si ayah mula merasa ‘fed up’. Semua tindakan telah dilakukannya. Setiap kritikan telah diterimanya dah diberi respon yang baik sebagai jalan penyelesaian. Akhirnya si ayah mencampakkan keldai yang dipikulnya tadi ke dalam sungai. Mereka anak beranak terus pulang ke rumah dengan senang hati tanpa sebarang kritikan lagi.

Kasihan. Akibat terlalu terkesan dengan kata-kata orang, si ayah kehilangan keldai dan terpaksa membatalkan hasrat untuk menjualnya. Itulah pengajarannya. Jika kita memiliki matlamat dan sedang berusaha menuju ke arahnya, jangan terlalu pedulikan kata-kata orang kerana kritikan itu tidak akan pernah berkesudahan. Ianya hanya akan terhenti jika kita menarik diri atau bertindak merugikan diri sendiri. Selagi kita ingin melakukan sesuatu perkara yang baik atau untuk berjaya, maka selagi itulah akan ada watak-watak pengganggu di sepanjang perjalanan kita.

Daripada Chit Chat Remaja mengenai Potensi Diri

Monday, May 5, 2008

Rambut karat...

BOLEH ke kita warnakan rambut dengan dye? Ramai orang kata boleh, sebab pada kotak dye rambut tu terdapat cop "HALAL" yang sah. Betul ke ia halal dipakai? Jangan terkeliru...

Mari kita perhatikan sama-sama. Sebagai orang Islam, ada waktunya kita perlu bersuci hadas besar (mandi junub) ataupun hadas kecil (berwuduk) untuk menunaikan ibadah-ibadah wajib serta sunat. Antara syaratnya ialah MERATAKAN AIR ke seluruh badan bagi mandi junub ataupun anggota tertentu bagi wuduk. Hukum sahnya bersuci itu menentukan ibadah kita sah ataupun tidak. Kalau mandi junub tak sah, maka selama itulah ibadah fardhu kita tidak diterima.

Jika badan kita bernajis pun, solat kita tidak sah.

Saya tak nafikan bahawa dye rambut yang bercop "halal" adalah halal. Ia bebas daripada bahan-bahan yang tidak dibenarkan oleh Islam seperti najis. Maknanya, ia tidak membatalkan solat kerana ia tidak najis.

TETAPI jika dipakai, dye menyalut rambut kita dan ia menghalang air ketika wuduk dan mandi junub. Mengapa saya kata ia menyalut, sedangkan ramai orang kata ia menyerap? Sebab dye boleh ditanggalkan dengan kaedah "bleach". Bermakna ia adalah satu lapisan pada rambut yang boleh ditanggalkan.

Kalau air tak rata, apa hukum mandi junub dan wuduk kita? Kalau dah bertahun rambut berkarat, agaknya berapa tahun kita tak solat ataupun solat kita sia-sia? Apa pandangan korang? Nak warnakan rambut juga? Mungkin boleh guna inai (henna) sebagai alternatif. Lagipun ia sunnah nabi. Apa bezanya dengan dye rambut?

INAI= suci dan menyerap

DYE = suci dan menyalut

Wednesday, April 30, 2008

Siapa idola korang?

PERNAHKAH anda menonton rancangan hiburan popular yang mencari bakat-bakat baru dalam nyanyian yang telah banyak mendominasi pemikiran kita. Di mana dan sesiapa saja menjadikannya sebagai topik hangat untuk diperbincangkan. Ibu, ayah dan pakcik makcik pun sudah mula tahu tentang ‘trend’ dunia hiburan yang semakin melanda itu. Hampir semua orang nak jadi penyanyi dan penghibur?

Apa yang menakjubkan, kita lebih mudah mengingat tentang perkembangan rancangan tersebut berbanding mengambil tahu tentang perkembangan berita-berita semasa. Mungkin kerana hiburan adalah suatu bidang yang diminati dan menyeronokkan. Tetapi setakat manakah ianya berfaedah untuk dimanfaatkan dalam kehidupan kita? Ia bergantung kepada faktor penerimaan, pengamatan dan persepsi individu tersendiri. Kalau ianya positif, maka hasilnya juga adalah positif dan begitu pula jika sebaliknya.

Kanak-kanak kecil juga sangat tertarik dengan rancangan hiburan. Menonton rancangan yang melibatkan watak hero sedikit sebanyak mempengaruhi corak pemikiran mereka. Aksi ‘Spiderman’, ‘Power Rangers’ atau ‘Ultraman’ sering menjadi bahan lakonan kanak-kanak.

Golongan remaja juga tidak ketinggalan untuk terpengaruh meniru aksi-aksi daripada media hiburan. Harry Potter, Lord of the Ring, pelakon Jet Li dan sebagainya menjadi sasaran untuk ditiru gaya dan penampilannya. Namun, lebih kuat lagi pengaruh artis dalam bidang muzik seperti artis muzik Rock, Rap, Hip Hop, Alternative dan banyak lagi.

Mengapa peniruan sedemikian sangat mudah dan cepat terjadi? Penerimaan kita terhadap pelajaran atau pembacaan buku secara formal lebih lambat untuk diterima dan dipraktikkan dalam kehidupan. Sedangkan kita lebih cepat mempelajari bahkan lebih cepat sampai ke peringkat praktikal dalam menerima maklumat-maklumat daripada dunia hiburan atau idola-idola tertentu.

Itulah yang dinamakan daya Pembelajaran Sosial manusia yang disusun oleh pakar psikologi Albert Bandura dalam Teori Pembelajaran Sosial.

Teori tersebut menjelaskan bahawa salah satu daripada cara penerimaan dan pembelajaran manusia adalah melalui pengalaman sosialnya daripada orang lain. Sejak di peringkat kanak-kanak, kita suka meniru hampir setiap gaya yang dilakukan oleh pihak yang sering kita lihat. Semakin rapat hubungan dan kerap memerhati aksi seseorang, maka lebih cepatlah kita mengingat dan mengikuti tingkah lakunya. Itulah yang dinamakan pembelajaran sosial.

Teori pembelajaran ini adalah melalui pemerhatian, peniruan (yang menghasilkan kemahuan untuk mengikuti), dan permodelan (yang menjadikan seseorang sebagai idolanya).

Kesan peniruan melalui pembelajaran sosial ini amat besar dan ia benar-benar berlaku di sepanjang hidup kita. Cuma teori pembelajaran ini berkesan dan berpengaruh sama ada dalam menerima maklumat yang positif ataupun negatif. Ia bergantung kepada kekuatan kita memilih perwatakan seseorang untuk diikuti, atau berdasarkan keadaan persekitaran hidup kita yang paling dominan.

Kita sering melihat tingkah laku seseorang yang terpilih untuk dinilai. Kemudian kita menilai perwatakan atau aksi-aksinya yang kelihatan menarik untuk diingat dan seterusnya diikuti sebagai suatu bentuk perlakuan atau personaliti baru. Ia adalah salah satu cara utama manusia mempelajari sesuatu tingkah laku. Manusia mempelajari sesuatu melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain.

Sedarkah kita bahawa kanak-kanak sekarang pun berkemahiran bergaduh dengan rakan-rakan sebayanya menggunakan teknik gusti WWF? Sedarkah kita bahawa golongan remaja kebanyakannya bergaduh dan bertindak ganas menggunakan teknik yang pernah dilihat dalam pelbagai babak filem?

Berapa ramai agaknya yang hanya memilih tingkah laku positif untuk memenuhi daya pembelajaran sosialnya? Siapa Idola anda?

Dari Chit Chat Remaja mengenai Potensi Diri

Tuesday, April 29, 2008

Tanda kebesaran Allah!!!

CUBA perhatikan pada badan ikan tu... Ada tertulis kalimah Allah...

Ni bukan gambar palsu. Gua ambil sendiri gambar ni dan tengok ikan tu dengan mata kepala sendiri. Subhanallah...

Ikan ni adalah ikan sepat milik jiran mak mertua gua... Satu hari tu, dia panggil gua yang kebetulan memang tengah main-main dengan kamera... Dia tanya: "Li, cuba kau tengok ikan aku ni ada kalimah la. Betul ke? Aku macam tak caya. Mungkin kau lebih faham..."

Korang percaya atau tak? Perhatikan dan buat persepsi korang sendiri.

Friday, April 25, 2008

Si botak tak nak balik!!!

SEJAK bercukur di tanah suci Mekah Mac lalu, gua rasa macam tak nak balik Malaysia je... Ibadah umrah memang satu pengalaman bercuti yang paling menyeronokkan. Apa yang seronok? Minda zahir dan batin. Jasad dan roh.

Di sana, gua tak fikir langsung pasal kerja, harta benda dan masalah. Cuma ingat keluarga di Malaysia je. Tanah suci Mekah dan Madinah memang tempat paling ideal untuk kita beribadah. Ia memang tanah yang penuh berkat dan menarik hati kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Itulah uniknya tanah suci sehingga semua orang ingin ke sana jika berkemampuan. Lepas tu, kalau dah sekali pergi mesti rasa tak nak balik dan ingin pergi lagi. Itulah lambaian Kaabah dan kedamaian tanah suci.

Kisah selanjutnya gua dah tulis dan hantar ke majalah Santai Village untuk dimasukkan dalam keluaran bulan Julai nanti.

Gambar yang gua letak tu masa sebelum Subuh dalam Masjidil Haram (muka tak mandi) dan bersama isteri tercinta di Jabal Rahmah. Macam tu la rupa gua masa botak.

p/s: Ada orang kata, gua botak lagi hensem... hehehe

Apa korang buat kalau...

APA korang buat kalau member kita tengah sedih dan susah hati kerana ada masalah? Lebih-lebih pun kita selalu akan cakap, "Sabar la ye.. semua ni ada hikmahnya..."

Last-last kawan kita akan balas balik, "Kau cakap senang... Cuba kau sendiri rasa..." Ni memang dialog paling koman kita selalu dengar bila orang susah hati diberi nasihat...

Tepi ni gambar hiasan je tau... korang jangan ingat dua orang ni muka bermasalah lak... hehehe

Aduh, macam mana kita nak bantu orang macam ni? Ada idea tak? Ada ayat yang lebih best tak?

Thursday, April 24, 2008

Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri

SIRI CHIT CHAT REMAJA mengenai Sayangi Diri sudahpun diterbitkan dan berada di pasaran. Terima kasih diucapkan kepada PTS Millennia kerana dengan sokongan mereka, tau-tau je siri chit chat dah sampai yang ke lapan. Wow! Sila dapatkan buku ini di pasaran atau boleh order terus ikut www.pts.com.my. Oh ya... terima kasih juga diucapkan kepada para pembaca. Tanpa sokongan korang, siapa la kita ni kan...

Aku perlu makan!!!

Tip Sayangi Diri: “Ambil berat mengenai keperluan jiwa. Nilai dalaman memberi kekuatan kepada segalanya pada diri kita.”

PERNAH RASA SUNYI? Serba tak kena? Rasa tak sedap hati? Serba salah? Tapi kita tak tahu apa sebabnya. Lepas kita akan cuba mencari jawapannya. Apa yang tak cukup? Nak kata ‘boring’, masa tu kita dapatkan hiburan pun masih rasa tak terhibur. Nak kata sunyi, kita berteman pun masih rasa sunyi. Apa nak buat ni? Nak kata lapar, baru je lepas makan. Apa nak buat ni! Arghhhh, tertekan la!!!

Kalau pernah rasa begitu, Chit Chat nak cadangkan satu jalan penyelesaian. Biasanya, kalau kita rasa serba tak kena, itu maknanya kita sedang kelaparan. Bukan perut yang lapar, tetapi jiwa kita yang lapar. Ohh, patutlah rasa macam ada yang tak kena dan ada yang kurang.

Kita sering terlupa, jiwa dan roh kita juga perlu diberi makan. Akibat terlalu banyak melayan aspek fizikal, kita lalai seketika mengenai keperluan dalaman kita.

Apa kita buat kalau perut kita lapar? Tentulah kita akan makan nasi. Paling ‘koman’ pun kita akan makan ‘mi megi’. Sedapnya, cakap tentang makanan, kita terasa lapar pula. Ada kalanya, kita tak lapar pun, tetapi ingin mengunyah. Bila dah makan ataupun mengunyah, barulah kita rasa selesa.

Apa pula perlu kita buat kalau jiwa ataupun roh kita yang lapar? Makanan jiwa dan roh adalah amalan-amalan agama. Solat, puasa, zikir, mengaji al-Quran dan menambahkan ilmu agama adalah makanan buat jiwa kita. Jadi, tunggu apa lagi? Makanlah!!!

Percaya atau tidak? Kita kena percaya juga! Kalau kita selalu rasa serba tak kena, pergilah luangkan masa untuk mengisi jiwa dan roh dengan amalan-amalan yang baik.

Kalau nak mengaji al-Quran dalam hati je cukup tak? Ataupun hanya dengar kaset dan CD sahaja? Itu pun dah cukup bagus, tapi tak cukup la. Serupa macam orang makan kuaci ataupun cuma tengok saja makanan tanpa memakannya betul-betul. Mana boleh kenyang kan?

Kalau nak makan, kenalah duduk bersungguh-sungguh di meja makan. Sertakan sekali dengan adab-adabnya. Siap dengan air minuman di sisi.

Macam tu juga kalau nak kasi jiwa kita makan. Kita perlu luangkan masa yang khusus untuk duduk menumpukan perhatian. Buatlah di masjid, surau ataupun bilik peribadi kita sendiri. Bukannya lama sangat. Lebih kurang dalam setengah jam pun dah memadai.

Kalau amalan wajib yang lima waktu setiap hari tu kita memang biasa kena buat. Tetapi sekali-sekala kena juga buat yang sunat supaya makanan jiwa kita ibarat diberi makan yang ‘sedap-sedap’ untuk sekali-sekala.

Jiwa dan roh kita sebenarnya memerlukan kekuatan untuk menempuhi kehidupan. Makanan menguatkan tubuh badan kerana nutrien yang terkandung di dalamnya.

Amalan yang baik-baik pula memberi kekuatan kepada jiwa dan roh. Dengan adanya kekuatan jiwa, kita akan memiliki kekayaan jiwa berupa keimanan, ketenangan, kesabaran dan keselesaan.

Sayangilah diri kita! Kalau dah kelaparan, siapa lagi yang nak bagi kita makan melainkan diri sendiri. Ingat, kalau rasa diri serba tak kena, itu tandanya jiwa kita memberontak dan berkata: “Aku mahu makan!”. Kalau begitu, berilah ia makan.

Dipetik daripada Siri Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri

Apa komen korang? Pernah mengalami ke? Setuju ataupun tidak?

Selamat Datang ke blog Chit Chat Remaja

Assalamualaikum...

SELAMAT DATANG ke blog Chit Chat Remaja. Ekpresikan minda anda sebagai remaja. Kalau join blog ni, tak semestinya guna bahasa skema... selamba je... yang penting sampai maksudnya...

Blog ini dibangunkan untuk semua peringkat umur. Pada asalnya saya fikir nak buat blog bagi buku hasil karya saya yang diterbitkan oleh PTS Millennia iaitu Siri Chit Chat Remaja. Tapi, lebih baik kita open je supaya semua orang dapat menyumbang idea, pandangan, luahan masalah dan sebagainya. Saya harap blog ini juga akan menjadi platform untuk maklum balas mengenai buku-buku saya.

Kalau boleh jika blog ini mendapat sambutan, saya berhasrat nak tubuhkan sebuah kelab CCremaja. Tapi tak bermaksud yang dah bapak-bapak atau mak-mak tak boleh join. Boleh juga jadi pemimpin dan penasihat. Remaja kita perlukan idea yang lebih matang dan ruang untuk membangkitkan potensi.

Apa yang anda boleh buat dalam blog ni? Macam-macam! Anda boleh bagi pendapat. Kalau nak meluah perasaan pun boleh. Ataupun nak mengadu masalah? Macam tu pun boleh... Saya lebih suka kalau ada di antara kita yang nak beri pandangan atau nasihat bagi membantu kawan-kawan yang bermasalah...

Terima kasih diucapkan kepada saudara Azmee Awang (brader IT) dan HairulAbuBakar (brader grafik) yang banyak membantu dalam usaha membangunkan blog ini.

Jangan lupa... ini blog "Chit Chat".... luahkan apa saja dan kongsi apa saja yang anda rasa bermanfaat untuk semua... Selamat menyertai... Enjoy yourself!