Followers

Friday, April 25, 2008

Si botak tak nak balik!!!

SEJAK bercukur di tanah suci Mekah Mac lalu, gua rasa macam tak nak balik Malaysia je... Ibadah umrah memang satu pengalaman bercuti yang paling menyeronokkan. Apa yang seronok? Minda zahir dan batin. Jasad dan roh.

Di sana, gua tak fikir langsung pasal kerja, harta benda dan masalah. Cuma ingat keluarga di Malaysia je. Tanah suci Mekah dan Madinah memang tempat paling ideal untuk kita beribadah. Ia memang tanah yang penuh berkat dan menarik hati kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Itulah uniknya tanah suci sehingga semua orang ingin ke sana jika berkemampuan. Lepas tu, kalau dah sekali pergi mesti rasa tak nak balik dan ingin pergi lagi. Itulah lambaian Kaabah dan kedamaian tanah suci.

Kisah selanjutnya gua dah tulis dan hantar ke majalah Santai Village untuk dimasukkan dalam keluaran bulan Julai nanti.

Gambar yang gua letak tu masa sebelum Subuh dalam Masjidil Haram (muka tak mandi) dan bersama isteri tercinta di Jabal Rahmah. Macam tu la rupa gua masa botak.

p/s: Ada orang kata, gua botak lagi hensem... hehehe

4 comments:

esha said...

wah…best la. masuk la lg yg lain2 tu. org nak baca gak.

p/s: komen ini dihantar pada 25/4/08 di wordpress dan telah dipindahkan ke blogspot

su jb said...

hehe..bg i bagus blog u ni sbb tak yah la i beli buku motivasi. baca kat sini dh ok dh…teruskan bg tips2 yg menarik

p/s: komen ini dihantar pada 25/4/08 di wordpress dan telah dipindahkan ke blogspot

emilia said...

botak lagi hensem…ek… mmg pon sb klu x de kebaikan… ALLAH x buat hukum (hukum bercukur itu sunat) kan ke dapat pahala… kita hanya turut perintahNYA… diterima atau tidak itu urusan DIA yg esa… klu kita ikhlas juga d tunjuk kan pd wajah kita…
(^______^)

p/s: komen ini dihantar pada 29/4/08 di wordpress dan telah dipindahkan ke blogspot

FadzliAbuBakar said...

Terima kasih atas pujian… dua pujian ikhlas untuk blog, dan satu pujian untuk aku hensem sebab botak…
Actually saya bercukur bukan sebab nak hensem, tapi dengan harapan dosa-dosa saya digugurkan sebagaimana setiap helaian rambut saya gugur di tanah suci. Biarlah ia menjadi saksi…

p/s: komen ini dihantar pada 30/4/08 di wordpress dan telah dipindahkan ke blogspot