Followers

Friday, February 20, 2009

Bersabar vs mengeluh

UJIAN perlu disusuli dengan usaha dan perjuangan untuk menghadapinya. Oleh itu, ia memerlukan bekalan keimanan, kesabaran dan istiqamah.

Allah memberikan ujian untuk mengukur tahap keimanan seseorang. Semakin banyak ujian yang dihadapi, maka semakin besarlah peluang seseorang itu untuk dekat kepada Allah. Namun syarat untuk mendekati Allah adalah dengan melepasi ujian itu terlebih dahulu.

Kita selalunya diuji melalui banyak perantaraan, iaitu sama ada melalui:
1. Orang Islam sendiri yang berhasad dengki,
2. Orang munafik yang membenci,
3. Orang kafir yang sememangnya memusuhi,
4. Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan, dan
5. Bisikan hawa nafsu yang menggoncang keimanan kita

Semua mekanisme ujian tersebut menuntut kesabaran dan melepasinya menjanjikan ganjaran pahala. Ingatlah bahawa lawan bagi ‘bersabar’ adalah ‘mengeluh’. Mengeluh adalah perbuatan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana ia boleh melemahkan semangat, menerbitkan rasa kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Insyirah ayat ke-6 yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan”

Sumbangan daripada saudari Nuramalina Daod (layyinurharrir@rocketmail.com)

No comments: