Followers

Saturday, March 28, 2009

Hidup sunyi tanpa masalah

“Ada kalanya masalah membuatkan kita berasa takut untuk membuat pilihan dan keputusan. Pada zahirnya, ia memang sesuatu yang menakutkan. Bagaimanapun, hidup ini sebenarnya akan sunyi tanpa masalah…”
SETIAP orang mempunyai persepsi tersendiri tentang masalah... Apa yang pasti ialah, masalah boleh datang melanda pada bila-bila masa tanpa mengenal sesiapa dan boleh memberi kesan yang besar kepada diri kita...

Kehadiran masalah itu sarat dengan makna hidup yang tersirat. Masalah mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi dugaan hidup yang kian mencabar. Ia juga memberi kekuatan untuk kita terus menjalani kehidupan penuh pancaroba ini.

Masalah boleh mendorong ke arah kegagalan ataupun kejayaan... Namun ia bergantung kepada cara kita menghadapinya... jika ia dihadapi secara positif, maka positiflah hasilnya... maka begitu juga keadaan sebaliknya...

Begitu juga bahawa masalah mempunyai kaitan dengan cara kita membuat pilihan dan keputusan ketika menghadapinya. Kalau kita tersilap langkah, maka kita akan terus musnah bersama-sama masalah itu. Sebaliknya jika kita bijak menanganinya, maka ia akan membuahkan hasil berserta kenangan pengalaman yang sangat manis dalam hidup.

Bagaimanapun, setiap kesilapan ialah pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Cuma jangan sesekali menyalahkan takdir apabila kita gagal menangani sesuatu masalah. Kita telah diberikan pilihan, hanya kita yang berhak memilihnya…

naz79

No comments: