Followers

Saturday, March 28, 2009

IELTS

Bulan depan aku kena ambil test IELTS la pulak... ini semua gara-gara English aku masa SPM dulu tak kredit... keputusan tu buatkan aku susah nak lepas kelayakan tertentu dalam kerjaya...
IELTS ialah International English Language Test System yang dikelolakan oleh British Council... Ujian ni mengukur kebolehan dan kemahiran kita berbahasa Inggeris... ada empat jenis ujian yang kita kena hadapi, iaitu ujian mendengar, membaca, menulis dan bertutur (listening, reading, writing and speaking)...

Mungkin ramai orang yang biasa berbahasa Inggeris... tetapi persoalannya, adakah kita benar2 berbahasa Inggeris DENGAN BETUL? Kalau setakat cakap "don't play-play la" memang semua orang boleh... haaa IELTS ni la yang menentukan kita berbahasa Inggeris dengan betul ataupun tidak...

IELTS ni adik beradik dengan TOEFL atau ujian-ujian lain yang sewaktu dengannya... kita boleh guna sijil ujian ni untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).

Kalau result bahasa Melayu SPM kita menonggeng, kita boleh tampal dengan kertas Julai... tapi kalau result English kita yang menonggeng, maka IELTS, TOEFL atau MUET adalah yang baik untuk kita cover semula... sesiapa yang pernah menonggeng result SPMnya dulu, cepat2 la tampal... jangan nanti dah tua2 baru nak tampal dah tak ada masa nak buat semua tu... hehehe (macam saya)...

1 comment:

shahib said...

wah lincah betol bikin komik!! asal tukar blogspot?