Followers

Sunday, September 6, 2009

Displin seorang penulis

Saya menerima email rawak daripada seorang kawan. Di dalamnya ada gambar-gambar unik yang menarik perhatian saya, iaitu gambar yang saya paparkan di bawah ini.

Mana-mana penulis perlu ada displin untuk menulis. Lebih-lebih lagi bagi menghasilkan sebuah buku. Kesabaran, ketekunan, ketelitian dan ketekalan sangat penting di samping kemahiran menulis. Bagaimanapun, kemahiran tidak semestinya datang dengan pakej kelahiran seseorang. Seni boleh dipelajari dan boleh dilatih.

p/s: Imej di atas ni mungkin menggambarkan displin penulis. Mungkin secara rela atau mungkin juga secara paksa, penulis perlu rantai tangannya supaya menulis juga. Kalau tidak, kita tak akan jumpa buku-buku yang terhasil dijual di pasaran.

2 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.fadzli yang dihormati. saya bukan sahaja diberi rantai ini, malah picagari mengandungi vaksin semangat pada pagi sabtu itu - agar saya, jangan berlengah lagi. terima kasih!

FadzliAbuBakar said...

ye ke? jangan lupa suntik sekali... kita ada banyak masa... sama2 kita usahakan supaya masa yang sedikit itu banyak manfaatnya...