Followers

Wednesday, September 9, 2009

Mengapa malas bangun pagi?

Mengapa ada orang yang mudah bangun pagi? Dia lebih cergas dan segar pada waktu itu. Manakala pada waktu malam pula, dia cepat mengantuk dan tidur lebih awal.

Ada pula orang yang susah hendak bangun pagi. Dia lebih cergas pada waktu malam. Apabila orang lain tidur, dia masih segar dan berjaga. Waktu pagi pula adalah “blur” baginya.
Pakar psikologi dalam personaliti mengaitkannya dengan faktor biologi yang berbeza. Mereka menggelarkan dua personaliti berlawanan itu sebagai dimensi Morningness dan Eveningness.

Pada diri kita ada set kitaran perubahan suhu badan dan tahap perembesan endokrin di sepanjang 24 jam sehari, iaitu Circadian Rhythm (Circa = sepanjang. Dia = hari). Rajah di bawah adalah contoh Circadian Rhythm seseorang yang ada turun naiknya.Kajian menyatakan bahawa seorang yang normal memiliki Rhythm lengkap sepanjang 24 hingga 25 jam sehari. Setelah lengkap satu kitaran, maka ia akan berulang kembali.

Perbezaan personaliti diperolehi apabila terdapat sesetengah orang yang memiliki kitaran set rentak Circadian lebih pendek, misalnya 16 jam sehari atau lebih panjang, misalnya 50 jam sehari.

Orang yang pendek tempoh rhythm-nya akan lebih segar pada waktu pagi dan mudah letih pada waktu malam, kerana kondisi kecergasan badannya bermula pada awal pagi.

Orang yang panjang tempoh rhythm-nya pula sukar untuk bangun pagi kerana kondisi kecergasannya masih belum tiba pada waktu itu. Kondisi kesegarannya bermula agak lewat.

Keadaan ini memberi kelebihan pada diri masing-masing. Sama ada kita lebih cergas dan bertenaga untuk berkerja pada awal pagi ataupun lewat malam.

Bagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk kita bangun lewat daripada tidur. Manusia boleh diubah dengan latihan displin yang berterusan. Rentak itu boleh dipinda.

Tanggungjawab terhadap Tuhan, diri sendiri, keluarga, tempat kerja dan masyarakat boleh mengatasi tabiat tersebut. Orang sanggup bangun awal ataupun tidur lewat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Azam, semangat dan jati diri adalah lebih kuat untuk menangani keadaan itu.

Mengenai tahap kecergasan, pakar psikologi mencadangkan pengambilan kafein (secawan kopi atau teh) untuk membantu meningkatkan kesegaran pada waktu pagi. Susu panas pula boleh diambil untuk membantu merehatkan saraf supaya mudah tidur.

p/s: Patutlah ramai yang "mengeteh" dulu sebelum mula berkerja. Mungkin orang itu eveningness agaknya... :)

2 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr. fadzli. terima kasih dengan info dan nasihat yang baik ini. benar tu, 'musti' nak kena teh tarik atau kopi sebelum pergi kerja atau menulis.he.he.

FadzliAbuBakar said...

Personaliti eveningness ni biasanya ramai orang lelaki hehehe... ngeteh jangan lupa minta 'kurang manis'... ada aspek kesihatan lain pula yang nak dijaga