Followers

Friday, October 16, 2009

Analogi lubang biawak

Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.
Pernahkah anda mendengar analogi lubang biawak? Selain itu ada yang mengungkapkannya sebagai teori lubang biawak.

Idea itu berkaitan sebuah perspektif doktrin psikologi Islam terhadap teori psikologi barat. Perspektif ini dibangkitkan oleh seorang pakar psikologi klinikal yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu, iaitu Prof. Dr. Malik Badri dari Sudan.

Baginya, sebagai orang Islam kita perlulah bersifat kritikal terhadap bidang psikologi barat yang langsung tidak melibatkan unsur kerohanian dalam teori-teori mereka. Sedangkan menurut Islam, diri manusia itu terdiri daripada jasad dan roh.

Oleh itu, teori barat tidak semestinya diambil bulat-bulat tanpa sebarang pertimbangan dan pengkayaan aspek rohani.

Maka apakah pula kaitannya dengan lubang biawak?

Asas hujah Malik Badri bagi doktrin ini ialah bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud, “Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang dimaksudkan itu ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Itulah maksudnya analogi ataupun teori lubang biawak. Orang Islam yang terlalu fanatik dengan teori psikologi barat, diumpamakan seperti mengikut orang-orang Yahudi dan Nasrani sesat hingga boleh masuk sampai ke lubang biawak.

Malik Badri menambah analoginya, bahawa beliau yakin pakar-pakar psikologi Islam masih ramai yang belum terjerumus ke dalam lubang biawak, apatah lagi sudah gemuk dalam lubang itu sehingga tidak dapat keluar lagi.

Berdasarkan idea ini, apakah respons kita? Mahu ikut teori baratkah? Ataupun teori Islam sudah cukup sempurna bagi kita? Ataupun idea ini tidak relevan langsung? Ataupun kita mahu memanfaatkan teori barat, lalu kita perkayakan dengan aspek kerohanian dalam Islam? Terpulang kepada anda…

2 comments:

AmoK said...

assalamualaikum

saya amat tertarik berkenaan artikel Anologi Lubang Biawak ni, lebih2 lagi pada isinya yang menyentuh soal psikologi barat dan psikologi islam. dari apa yg saya tahu sekarang ni pun dah makin ramai umat islam berpegang pada corak psikologi barat tanpa seimbangkannya dgn psikologi islam.

saya juga ada beberapa soalan utk ditanyakan berkenaan psikologi, sudut agama dan corak pemikiran @ kehidupan manusia sekarang. kalau sudi boleh la kita berhubung melalui email amok77@gmail.com

FadzliAbuBakar said...

w'salam saudara Amok.

terima kasih. perkongsian pengetahuan daripada saudara sangat dialu-alukan...

mungkin perbincangan kita lebih santai dan selesa melalui blog ini sahaja ataupun facebook... sila add(mfadzli@yahoo.com)dan ikuti blog ini... terima kasih sekali lagi