Followers

Saturday, October 31, 2009

Cuba Windows 7

Kelmarin, saya ke kedai software untuk mendapatkan DVD Windows Vista. Seorang lelaki Cina di situ mengesyorkan saya Windows 7 dan memberi jaminan bahawa ia pasti lebih baik daripada Vista. Jadi, saya mahu lihat sendiri.
Perisian itu dijadikan system operasi Notebook Dell Inspiron 1420 saya dengan kemampuan Processor Core 2 Duo, 4GB Memory dan onboard graphic card. Sebagai pengguna, saya teruja dengan beberapa pembaharuan padanya termasuk:

1) Cantik: Itu adalah penilaian pertama saya. Skrin saya sedikit malap tetapi selesa dilihat kerana Windows 7 menambah fungsi calibration yang mengawal gamma, brightness, contrast dan clear type font. Paparan window dan desktop juga lebih menarik. Oleh kerana tugas saya banyak terlibat dengan teks, maka secara peribadi saya suka paparan sebegitu.

2) Lebih laju: Mungkin perkara ini agak subjektif untuk dinilai. Yang pastinya, ia lebih laju daripada Vista. Tempoh masa untuk install memang pendek. Sekejap sahaja sudah selesai.

3) Driver sedia ada: Lebih 80% hardware saya diinstall secara automatik. Hanya 2 sahaja yang saya perlu dapatkan daripada internet untuk versi Windows 7.

4) Lebih kemas: Sistem taskbar yang kecil. Sebelum ini taskbar dilabelkan dengan teks dan icon menjadikan bentuknya panjang melintang. Kali ini bentuknya segi empat kecil kerana hanya label icon sahaja yang dipaparkan. Ada pula sistem Aero Peek dan Aero Snap yang membolehkan kita ‘menghendap’ kerja kita yang terlindung seketika.


3 comments:

lankapo said...

ori ke pirate bang heheh

FadzliAbuBakar said...

hehehe... diam2 la

akubiomed said...

Saya dah pernah cuba Windows 7. Ia nya lebih ringan dari Windows Vista. Pernah saudara mencuba open source operating system Ubuntu? Saya amat menyukai kerana Windows banyak sangat monopoli malangnya motherboard ada masalah kalau tidak saya akan kekal dengan OS Ubuntu