Followers

Thursday, October 1, 2009

ikan emas hidangan istimewa

Pada malam ini, saya dijamu masakan padang di Danau Toba, Medan, Indonesia. Hidangannya adalah ikan emas (dipanggil ikan Leekoh di Malaysia) masak gulai.

Menurut Mr. Jerry, pemandu lawatan kami, ikan emas menjadi santapan istimewa di majlis perkahwinan suku Batak di sini.

"Pengantin perempuan perlu menghantar ikan emas yang telah digulai untuk santapan ibu mertua, menandakan bahawa dia boleh memasak, katanya.

Beliau menjelaskan bahawa ikan itu adalah hasil tangkapan daripada Danau Toba itu sendiri.

"Kalau mahu cuba, malam ini kita cuba memancing ikan emas di sini, katanya lagi.

Kami bersetuju untuk mencuba. 3 batang joran murah dibeli bersama sedikit umpan udang.

Malam ini saya akan memancing ikan emas. Kita lihat hasilnya nanti.

5 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

asalammualaikum sdr.fadzli.
semoga percutian di sana bakal memangkin idea yang luar biasa. & didoakan sdr.fadzli dalam lindungan-Nya jua.

FadzliAbuBakar said...

Terima kasih... syukur saya selamat kembali ke tanah air... di sana aman damai dan terkecuali daripada sebarang bencana...

Danau Toba dan pemandangan dalam perjalanan ke Berastagi sungguh mendamaikan... Jika anda seorang penulis, pasti boleh dapat inspirasi yang tidak ternilai di sana...

Citra Delima said...

Assalam Mualaikum Sdr Fadzli,
Rupa-rupa anda keluar melancung, selamat Hari Raya aidilfitri dari saya, maaf zahir batin. Tentu seronok di Danau Toba, tempat nya nyaman dan pemandangan damai.

Citra Delima said...

Salam Sdr. Fadzli,
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Tentu banyak kenangan yang diabadikan semasa melancung di Danau Toba, maklumlah tempat nya damai dan indah.

FadzliAbuBakar said...

W'salam... terima kasih tuan Haji Tahir... Danau Toba memang nyaman dan damai... sesuai untuk karyawan seperti tuan memburu inspirasi