Followers

Sunday, October 18, 2009

Mari memakan cili

Merawat luka kehidupan seseorang bukanlah suatu usaha yang mudah. Kita perlu cuci lukanya. Jauhkannya daripada sebarang mekanisme yang boleh mencederakan. Dan juga berikannya antibody yang ampuh, supaya dia lebih kuat menghadapi ancaman pada masa akan datang.

Di luar sana...

Manusia miliki dua sifat, iaitu sifat kemanusiaan dan kebinatangan.

Manusia punyai dua unsur dalam jiwanya, iaitu unsur roh dan jasad.

Manusia juga punyai akal dan nafsu.

Malangnya... ada yang menggunakan kekuatan manusia, roh dan akal; untuk memenuhi serakah kebinatangan, jasad dan nafsunya.

Kita jangan peduli, seseorang yang naif itu pernah berkata apa. Kita perlu memaafkan seseorang yang jahil dan lemah mentalnya. Dan kita perlu ambil kira bahawa dia pernah cedera.

Apakah perspektif anda mengenai kenyataan-kenyataan tersebut? Tepuk dada, tanya selera... Setiap orang tahu tentang apa yang dia lakukan. Kerana setiap perlakuan itu bermula dengan NIAT...

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Fadzli,
Sangat dalam maknanya tentang makan cili itu. Ada juga pelakuan seseorang itu digerakkan secara mekanisme, tanpa ada niat dan berfikir.

FadzliAbuBakar said...

Begitulah tuan haji... Lumrah manusia... cuma saya tak boleh terima apabila kehebatan berfikir dan berhujah itu digunakan untuk menyerang yang lemah... demi untuk memuaskan nafsu kehendak sendiri, anak bini orang pun sanggup dijadikan korban.. na'uzubillahi min dzalik..

p/s: sesekali blog ini agak sinis kerana cuba menyedarkan orang yang cuba menyerang tikus di seberang, tetapi tidak melihat gajah di hadapan...