Followers

Friday, October 23, 2009

Tajamkan kapak terlebih dahulu

Setiap hari kita berkerja mengejar matlamat. Namun, kita perlu ada 'life'. Luangkan sedikit masa untuk berehat, bercuti, bersama keluarga dan bergembira. Tubuh badan juga perlu bertenaga. Elok juga kalau ada ambil 'supplement' zat tambahan. Kadangkala kita juga perlu berikan insentif pada diri sendiri.
Tangan merasa lenguh ketika sedang mengangkat barang. Sama ada ianya berat ataupun agak ringan, dalam jangka masa lama ia akan lenguh juga.

Mengangkat segelas air juga begitu, misalnya. Kalau ditatang terlalu lama, tangan akan mula menggigil. Lantas naluri manusia mengarahkan kita untuk meletakkannya di meja. Kalau tiada meja, mungkin ditatang pula dengan sokongan riba. Kemudian jika ia ingin diminum, maka akan diangkat semula.

Pepatah Inggeris mengatakan, "Sharpen your axe".

Ia pepatah yang berkisarkan kisah dua orang penebang pokok (lumberjack).

Salah seorangnya sangat rajin berkerja, bahkan lebih banyak menghabiskan masa dalam sehari untuk menebang pokok berbanding si penebang kedua.

Yang peliknya, si penebang kedua lebih banyak menebang pokok dalam sehari berbanding si penebang pertama. Apakah rahsianya?

Penebang pertama sering mengabaikan masa untuk mengasah kapaknya. Dia juga terlalu banyak kehabisan tenaga kerana tidak berehat seketika dalam waktu berkerja.

Penebang kedua tidak pernah lupa untuk meluangkan sedikit masa menajamkan kapaknya dan berehat seketika.

Manakah yang lebih berkesan? Menebang pokok menggunakan kapak yang tajam ataupun yang tumpul? Manakah yang lebih bertenaga?

Mungkinkah 1 tetakan kapak tajam menyamai 5 tetakan kapak tumpul? Mungkin juga. Kalau begitu ia memang memenatkan. Juga membazirkan tenaga dan masa.

Setiap hari kita berkerja mengejar matlamat. Namun, kita perlu ada 'life'. Luangkan sedikit masa untuk berehat, bercuti, bersama keluarga dan bergembira. Tubuh badan juga perlu bertenaga. Elok juga kalau ada ambil 'supplement' zat tambahan. Kadangkala kita juga perlu berikan insentif pada diri sendiri.

Adakah berehat itu bertentangan dengan konsep displin atau dikaitkan dengan sikap malas? Bagi saya, tidak. Kerana berehat juga perlukan displin dan perlu sesuai pada waktunya.

4 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr.fadzli, saya setuju ini. benar, kadangkala saya terlupa berehat untuk mengasah kapak. bimbangnya pula, bila saya duduk berehat mengasah kapak terlalu lama. sekarang sedang menebang pokok-pokok masa; tinggal 2 bulan!

FadzliAbuBakar said...

betul tu Ren... bila kapak dah tajam, cepat2lah menebang semula... jangan harap kapak je tajam tapi pokok tak ditebang-tebang lagi hehehe....

p/s: Saya dgn Haji Shapiai sedang menebang pokok dan mengasah kapak di Pengerang... hehehe

Melihat Kesunyataan said...

Fadzli,
Saya dah tak pakai kapak untuk menebang pokok.

FadzliAbuBakar said...

mari kita belajar cara menebang pokok tanpa guna kapak daripada Tuan Haji...