Followers

Wednesday, October 21, 2009

Usaha + pengorbanan = kejayaan

Jangan berbicara tentang kejayaan, jika tidak sanggup melakukan pengorbanan.
Itulah prinsip yang disampaikan oleh seorang pemanggil yang menelefon penyampai radio Hot FM, Farah Fauzana dan Faizal Ismail pada suatu pagi. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke pejabat.

Saya tertarik dengan falsafah itu. Beliau jadikan inspirasi daripada kata-kata seorang yang berjaya, Syed Mokhtar al-Bukhari.

Memang benar, untuk mencapai sesuatu kejayaan kita perlu berkorban. Tidak kira sama ada ianya pengorbanan masa, wang ringgit dan komitmen. Bahkan, waktu tidur kita juga ada kalanya dikorbankan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kalau kita perhatikan perjalanan orang-orang yang berjaya. Mereka sudah pasti orang yang sebelum ini telah banyak berkorban. Namun apakah yang mereka korbankan? Mereka korbankan perkara yang kecil untuk mendapatkan yang lebih besar. Hanya bentuknya sahaja yang berbeza.

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Fadzli,
Ada juga yang berjaya kerana mengorbankan orang lain.

FadzliAbuBakar said...

Tuan haji,
Kita harap semua orang yang terkorban itu juga berjaya dalam kamus hidupnya...