Followers

Monday, November 9, 2009

Minta duit kopi

Semalam, pada 8 November 2009, saya di sekitar bandar JB menjalankan aktiviti penggambaran untuk sebuah tayangan video (shooting filemlah konon). Lebih kurang jam 1.30 tengah hari, saya bersama adik, jurufoto dan jurukamera menaiki sebuah kereta menuju ke Kotaraya untuk makan tengah hari.
Tiba-tiba kami ditahan seorang polis yang sedang meronda. Lokasinya di Jalan Trus, Johor Bahru. Dia menahan kami supaya berhenti...

Polis: Minta lesen dengan IC. Kenapa tak pakai seat belt? Aku dah pandang-pandang tadi tu, sepatutnya kau pakailah... (dengan suara tegas atau mungkin juga nada samseng)

Adik saya: Minta maaf encik. Kami terlupa pakai. Datang dari sekitar bandar juga. Berjalan dekat-dekat biasanya asyik terlupa. Minta maaf.

Polis itu membelek-belek IC sambil bertanya soalan-soalan yang tidak ada kaitan dengan kesalahan trafik seperti, "Kenapa kau keluar dari simpang sana?" dan "Cantik sport rim kau?"

Saya mula terhidu bahawa dia inginkan sesuatu yang tidak sepatutnya dia minta. Akhirnya lesen dikembalikan kepada adik saya yang memandu kereta.

Polis: Kira selesailah. Bagi la duit minum sikit... Dah bagi lepas ni takkan kosong begitu saja?

Kami tidak memberikannya. Saya ditanya berkerja di mana. Lantas saya mengaku berkerja dalam bidang media dan komunikasi. Serta merta dia memecut dengan motornya. Hilang entah ke mana.

Saya fikir, kalau dia hendak saman pun tidak mengapa. Saya lebih rela membayar saman daripada membayar rasuah. Tetapi, malangnya polis itu terlajak kata kerana sudah meminta. Sekaligus mencemarkan tugasnya sendiri.

Dunia oh dunia. Manusia oh manusia.

4 comments:

lankapo said...

bagus lah alasan ko..nanti aku pun nk ckp keja kat metro ke berita harian ke haha..lagi best keja kat SPRM hehe

Melihat Kesunyataan said...

Sudah tentu polis itu orang Melayu. Sudah tentu Islam pulak tu. Inilah orang-orang yang mencemarkan imej Islam.

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr.fadzli. apa lagi yang nak dikata. ishk, ishk.

FadzliAbuBakar said...

Lankapo, saya bukan beri alasan. Saya menjawab soalan berkerja di mana. Memang betul la jawapan saya kerja dalam bidang itu.

Tuan Haji dan Rendra, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Maaf kalau entri ini agak sensitif. Saya tidak menceritakan tentang susu, tetapi nila yang setitik itu.