Followers

Wednesday, November 18, 2009

Ayam Samurai di Pasaran

Setiap kali ke pasar raya, secara peribadinya saya kurang yakin untuk membeli ayam di situ kerana warnanya agak kemerahan. Pernah sekali saya membelinya, apabila digoreng, ayam itu mengeluarkan sisa darah yang agak banyak. Saya bukanlah mempertikaikan status halal ataupun haram. Tetapi timbul persoalan di minda, adakah penyembelihannya sempurna? Adakah ia dilakukan oleh orang Islam dan ada mengambil berat syarat membaca bismillah ketika menyembelih?
Tujuan penyembelihan haiwan halal untuk dimakan ialah bagi mengeluarkan kotoran pada darah dan mematikan haiwan itu dengan cepat, mudah serta mengurangkan kesakitan.

Bercerita tentang sembelihan, semua orang tahu bahawa ia menentukan sama ada daging itu halal dimakan ataupun tidak. Dalam artikel ini, saya memilih ayam sebagai contoh membincangkan isu penyembelihan ini.

Dunia hari ini serba canggih. Sembelih ayam pun sudah pakai mesin. Gantung ayam berderet-deret, lantas dengan cantasan pisau mesin yang tajam, beratus bahkan beribu ekor ayam dimatikan dengan mesin dalam masa yang singkat.

Biasanya, ayam yang digantung berderet itu diberi kejutan elektrik kecil untuk melemahkan atau membuatkannya pengsan, agar tidak meronta-ronta tatkala mesin menjalankan penyembelihan.

Dr. Sulaiman al-Ashqar dalam bukunya al-ijtihad fi fiqhu-thibbiyah ada menimbulkan isu ini yang mengatakan bahawa penyembelihan sehingga tulang leher terputus terus itu dibolehkan. Namun yang lebih sempurna adalah memotong tenggorok dan dua urat marih sahaja.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa bahawa cara penyembelihan mesin ini tidak boleh digunakan di negara Islam kerana hal-hal berikut:

1. Kejutan elektrik atau tindakan memengsankan melemahkan ayam itu boleh menyebabkan darah yang keluar setelah sembelihan itu sangat lambat. Mungkin ada pula ayam yang mati terlebih dahulu akibat kejutan elektrik tersebut.

2. Ada kemungkinan pisau penyembelih yang sudah dilaraskan itu tidak mengena. Akhirnya yang terpotong bukan bahagian leher tetapi mungkin dada ataupun kepala.

Ayah saya (Abu Bakar Othman, 012-7803271) seorang pembekal ayam dan daging di sekitar Senai dan Johor Bahru yang masih mempertahankan kaedah penyembelihan tradisional berasaskan syariat (guna tangan). Baginya, status ayam halal dan disembelih sempurna adalah lebih utama berbanding keghairahan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Saya sendiri juga akan mengelakkan daripada membeli ayam yang tidak diketahui asal-usulnya. Sebagai anak pengedar ayam dan daging, saya sudahpun banyak melihat tauke-tauke bukan Islam membekal ayam untuk orang Islam. Cara sembelihan dan penyelenggaraannya bertentangan dengan syariat (tidak perlu saya nyatakan di sini).

Namun orang Islam pada hari ini tidak ambil berat tentang hal kesempurnaan penyembelihan itu. Apa yang lebih penting ialah perbandingan harga yang entah berapa sen sahaja.

3 comments:

detektif cyber said...

Mr.Fadzli kalau mereka menggunakan mesin,kita boleh makan ke??,sedangkan semasa hendak menyembelih ayam tu kene baca bismillah terlebih dahulu??mereka baca bismillah ke??

detektif cyber said...

maaf jikalau saya banyk bertanya,anyway salam ukhwah dari saya...ngeh3

FadzliAbuBakar said...

Kalau baca bismillah, maka halallah ayam itu... sebab itulah kita kena pastinya bahawa ayam yang kita beli itu daripada orang Islam... saya tak berani nak buat kesimpulan bahawa ayam2 itu tidak dibacakan bismillah ketika disembelih... adalah lebih baik kita elakkan daripada membeli ayam yang diragui akan hukum halal haramnya...