Followers

Tuesday, December 29, 2009

BUKU FREE: Bagaimana Memotivasikan Manusia?

Kalau kita perhatikan, dunia hari ini sangat dipengaruhi oleh wang dan ganjaran material. Sehinggakan apa sahaja yang kita lakukan akan berkisar tentang dorongan untuk mendapatkan wang. "Kalau tak dapat duit, jadi tak payah buat..." Mungkinkah sampai ke tahap begitu?

Di Facebook saya ada menimbulkan isu mengenai apakah benda selain duit yang boleh memotivasikan manusia untuk melakukan sesuatu perkara? Maka ramai yang masih merasa bahawa duit itu suatu pengaruh paling kuat untuk mendorong kita melakukan sesuatu. Lalu, timbul persoalan di minda saya. Adakah manusia sudah tidak memandang nilai-nilai lain selain daripada mendapatkan duit?

Merujuk kepada Arkes dan Garske (1982) dalam buku bertajuk Psychological Theories of Motivation dalam salah satu teori motivasi (Maslow) menyatakan bahawa manusia secara fitrahnya mempunyai dorongan untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Ini bermaksud bahawa duit tidak semestinya satu-satunya nilai yang boleh kita gunakan untuk memotivasikan manusia. Motivasi tidak terkongkong kepada maksud memberi semangat sahaja, maksudnya adalah lebih luas, iaitu termasuk dorongan dan keinginan.

Kesempurnaan kendiri (self-actualization) adalah keinginan untuk kepuasan diri, iaitu kecenderungan untuk menjadi seseorang yang sempurna dengan mencapai potensi diri. Secara ringkasnya ia adalah merealisasikan potensi diri dengan sepenuhnya.

Misalnya, seorang penulis ingin berkarya kerana dia mempunyai potensi untuk menulis. Maka kejayaannya menghasilkan sebuah buku adalah suatu kepuasan kerana dia dapat membuktikan potensinya. Setelah itu, barulah dia layak diberikan ganjaran.

Saya juga akui dan tidak menafikan bahawa duit sememangnya elemen asas untuk kita meneruskan hidup dalam dunia moden ini. Persoalannya, APAKAH perkara selain duit yang boleh memotivasikan manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan? MENGAPA? Sila berikan pandangan yang memfokuskan kepada persoalan tersebut melalui ruangan komen posting ini. Saya peruntukkan tiga buah buku Siri Chit Chat Remaja (kalau bukan untuk anda, mungkin untuk adik-adik membacanya) untuk diposkan kepada pemberi pandangan yang layak diberikan ganjaran. Sila nyatakan nombor telefon atau email untuk kita berhubung lanjut.

Marilah kita sama-sama membuka minda dan cuba berfikir di luar kotak materialistik...

9 comments:

Que Ling said...

wah, hebat topic nie..mmg xdinafikan duit penting dalam kehidupan kite skang nie..tp rasenya semangat pun ble dijadikan subjek utk memotivasikan diri..senang ckp dorongan la..(dh ble dapat buku free x??)..hehehe..

Alyssa Villamor said...

salam..
bagi manusia pd zmn skarng duit=kesenangan..
sbb tu lah apa yg manusia kejar2kan skrg~kesenangan..
Tapi nak dapat duit tak senang kn??

Jadi benda selain dr duit yg dpt memotivasikan manusia?
Ilmu..offerkan ilmu kpd mereka,
pastikan ia berguna
(tak merepek2 je)
agar mereka bole snang faham, n praktikkan..pastu bimbing mereka..

Ingat tak macam mana masa kite kecik2 dulu, kalu kita nak duit poket dari mak&ayah, mesti mintak elok2 dulu,ada caranya..
Mana kite blaja nie?Ilmu n Pengalaman..
Sumenye dtg dr ilmu.
Insya Allah..

*duit hanya la kertas warna-warni duniawi, takkan dibawanya ke kubur.

l e e said...

orang sekeliling pun boleh dijadikan motivasi dalam diri seseorang sebenarnya. kalau suasana disekeliling tak kondusif atau sebagainya, kejayaan tak akan ditempa.

detektif cyber said...

manusia apabila dah nampak $$ apalagi,terus terjahlah dia,tak pikir dah halal ke haram ke,apabila dah dapt duit 10000 mungkin halal haram disingkirkan,saya setuju dengan pendapat yang arif Allyssa,duit hanyalah kertaz warna warni duniawi,tak dibawaknya sampai ke kubur.....ngeh3

FadzliAbuBakar said...

Que Ling, semangat dan motivasi adalah perkara yang sama.

Alyssa, saya setuju bahawa ilmu boleh menjadi pendorong untuk pencinta ilmu.

Lee, memang benar. Persekitaran mempengaruhi pembentukan personaliti dan tindakan kita.

Detektif, itulah sebabnya kenapa kita perlu fikirkan alternatif tentang apakah dorongan selain duit.

░♥si lampu neon♥░ said...

duit sebagai motivasi ekstrinsik..kita juga perlukan motivasi intrinsik..iaitu motivasi dalaman, diri sendiri..supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang kita buat..

Que Ling said...

ohh..same ke??ermm..
how bout cita-cita???kadang2 cita2 tu ble buat kite untuk memotivasikan diri... :)

FadzliAbuBakar said...

masih ada lagi yang mahu komen? saya buka ruangan ini hingga ke 31 Januari 2010

ain mohd said...

apa lagi yang memotivasikan selain duit..hmm..

pandangan saya agama Islam itu motivasi terhebat.dan al quran buku terbaik nak memotivasikan diri.

mengapa:
-kalau rasa sgt down bila baca quran dan terjemahan hati akan rasa tenang.
-bila rasa dikhianati di dunia, islam masih ada dengan hari akhirat.semua nih memotivasikan kitew ntok teros sabor...heh
-kalau rase malas nak buat keje or kurang motivasi sentiase perbetulkan niat dan ada pahala di setiap keje kita.

jadi boleh agaknya agama menjadi motivasi?=)