Followers

Monday, December 21, 2009

Kita Semua Istimewa

Pagi semalam, sewaktu sedang bersiap-siap untuk keluar bersarapan di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, saya menonton rancangan Motivasi Pagi di televisyen. Saya tertarik dengan satu kenyataan yang diberikan.

Kenyataan itu mengatakan bahawa setiap orang adalah istimewa dan mempunyai kelebihan. Cuma yang berbeza hanyalah sama ada seseorang itu telah menemukan kelebihan itu dalam dirinya atau belum.

Orang kurang upaya (OKU) juga adalah istimewa dan mempunyai kelebihan. Ada yang boleh melukis menggunakan kaki, misalnya. Ataupun buta tetapi mempunyai deria lain yang sangat peka. Itu semua suatu kelebihan yang tidak semua orang ada.

Bagi kita yang mempunyai kesempurnaan upaya, kelebihan dan keistimewaan itu juga ada. Mungkin kita belum menemukannya dalam diri kita. Ataupun kita tidak sedar bahawa ia adalah suatu kelebihan yang orang lain tidak memilikinya.

Pernah menonton movie DareDevil tak? Saya rasa itu adalah satu contoh orang istimewa yang menemukan kelebihan pada dirinya. Walaupun ia hanya sebuah cerita. Ia suatu contoh melalui lakonan yang boleh kita lihat.

3 comments:

lankapo said...

macam mana nak cari kelebihan dan kekuatan dalam diri tuh ?

ada tips tk?

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.fadzli. saya belum menonton DareDevil. hmm, pernah juga saya terdengar kata2, di dalam diri setiap insan ada 'singa'nya yang tersendiri.

FadzliAbuBakar said...

kena sentiasa mencuba... suatu ketika dahulu di zaman sekolah, saya bukan pandai menulis tetapi saya seorang yang mahir bidang arithmetik seperti matematik... tak sangka pula setelah mencuba, saya boleh menulis...