Followers

Friday, February 20, 2009

Bersabar vs mengeluh

UJIAN perlu disusuli dengan usaha dan perjuangan untuk menghadapinya. Oleh itu, ia memerlukan bekalan keimanan, kesabaran dan istiqamah.

Allah memberikan ujian untuk mengukur tahap keimanan seseorang. Semakin banyak ujian yang dihadapi, maka semakin besarlah peluang seseorang itu untuk dekat kepada Allah. Namun syarat untuk mendekati Allah adalah dengan melepasi ujian itu terlebih dahulu.

Kita selalunya diuji melalui banyak perantaraan, iaitu sama ada melalui:
1. Orang Islam sendiri yang berhasad dengki,
2. Orang munafik yang membenci,
3. Orang kafir yang sememangnya memusuhi,
4. Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan, dan
5. Bisikan hawa nafsu yang menggoncang keimanan kita

Semua mekanisme ujian tersebut menuntut kesabaran dan melepasinya menjanjikan ganjaran pahala. Ingatlah bahawa lawan bagi ‘bersabar’ adalah ‘mengeluh’. Mengeluh adalah perbuatan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana ia boleh melemahkan semangat, menerbitkan rasa kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Insyirah ayat ke-6 yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan”

Sumbangan daripada saudari Nuramalina Daod (layyinurharrir@rocketmail.com)

Tuesday, February 17, 2009

Wanita dan sifat malu

LELAKI selalu tertarik kepada wanita, ibarat kumbang yang tertarik kepada bunga. Apakah keistimewaan wanita pada pandangan seorang lelaki? Wanita dikatakan memiliki 99 bahagian yang menarik. Banyak kan? Oleh itu, wanita dikurniakan dengan sifat malu yang lebih banyak berbanding lelaki. Jika sifat malu itu dimanfaatkan, maka wanita akan menjadi lebih istimewa dan sempurna. Tetapi jika sifat malu itu tidak berfungsi, maka wanita boleh terjerumus ke lembah yang tidak bermakna.

Sumbangan daripada saudari Nuramalina Daod (layyinurharrir@rocketmail.com)

Saturday, February 14, 2009

About my books

Chit Chat Remaja ia a motivational book series that has been authored by M.Fadzli.A.Bakar and published by PTS Millennia Sdn. Bhd. since 2006. These books are solds at any bookstores like Kinokuniya, MPH, Popular, Badan Cemerlang et cetera. Until now, I wrote about nine series. The eight series from them has been published and released in book market. The price is RM 14.90 per book. All the books can be ordered by online buying too from any Malaysian’s books distributors (just use Google and search "Chit Chat Remaja" keyword).

YOU CAN GET THE LIMITED PREVIEW BY USING GOOGLE BOOK SEARCH AND SEARCH "CHIT CHAT REMAJA" AS A KEYWORDS.

Nowaday, the books that has been released in market are:

1) Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri
Published on: 4th April 2008

|

2) Chit Chat Remaja mengenai Gaya hidup
Published on: 14th March 2007

|

3) Chit Chat Remaja mengenai Diet
Published on: 10th February 2007

|

4) Chit Chat Remaja mengenai Potensi Diri
Published on: 26th May 2006

|

5) Chit Chat Remaja mengenai Sahabat
Published on: 9th March 2006

|

6) Chit Chat Remaja mengenai Masa
Published on: 1st March 2006

|

7) Chit Chat Remaja mengenai Langkah Kejayaan
Published on: 14th June 2007 (re-print)

|

8) Chit Chat Remaja mengenai Ibu Bapa
Publihed on: 3rd January 2006

|

I was invited to do book translations from Arabic to Bahasa Malaysia. The books that has been translated and published are:

1) Ijtihad Dalam Fiqh Perubatan

|

2) Bencana Sihir Penghalang Perkahwinan