Followers

Tuesday, April 28, 2009

Perihal Hati

SETIAP orang ingin mendapat pujian apabila melakukan sesuatu perbuatan. Sudah pasti kita akan berasa gembira apabila sesuatu yang dilakukan dapat mengagumkan orang lain.Tetapi kita haruslah berhati-hati kerana jika tidak dikawal penyakit hati seperti takbur dan ujub akan menakluk diri kita.

Islam ada cara untuk mengubatinya seperti apa yang pernah dikatakan oleh Imam Al-Ghazali iaitu:
  1. Apabila bersua dengan KANAK-KANAK,anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.
  2. Apabila bersua dengan ORANG TUA,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beribadah kepada Allah.
  3. Apabila bersua dengan ORANG ALIM,anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana mempunyai banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
  4. Apabila bersua dengan ORANG JAHIL,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,sedangkan kita melakukan dosa tetapi mempunyai ilmu.
  5. Apabila bersua dengan ORANG KAFIR,katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk agama Islam.Maka semua dosa yang telah dilakukan sebelum beragama Islam akan diampunkan oleh Allah S.W.T.Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa.
Sememangnya riya' dan takbur itu adalah perasaan yang buruk. Ingatlah bahawa ikhlas merupakan syarat utama supaya amalan diterima oleh Allah.


Sumbangan daripada saudari Nuramalina Daod (layyinurharrir@rocketmail.com)

Sunday, April 5, 2009

Sorry seems to be the hardest word



Why is it difficult to say sorry? Actually it’s really simple. Just say it from the bottom of your heart and no charges will be incurred for it.

Hanya dengan lafaz kemaafan yang ikhlas, maka segala kemarahan dan kebencian orang lain boleh lenyap dengan serta merta. Meminta maaf dan memaafkan orang lain melatih jiwa supaya lebih bersih dan tenang.

Meminta maaf memang berat untuk dilafazkan kerana ego sering menjadi penghalang baginya. Tetapi jika kita mampu melafazkannya, maka hati akan merasa lega kerana dapat mengakui kesilapan atau sekurang-kurangnya dapat mendamaikan suasana yang keruh.

Percayalah bahawa dengan lafaz kemaafan itu, dunia akan sentiasa tenang kerana usaha kita yang sering mendamaikan perhubungan dengan orang lain.

Oleh itu, kenapa perlu berat untuk meminta maaf? Jadilah seorang yang boleh meminta maaf dan mudah untuk memaafkan orang lain. Tidak semestinya ia memberi keuntungan kepada diri orang lain. Keuntungannya terletak dalam hati kita sendiri.

from: naz79