Followers

Thursday, January 7, 2010

Kalimah 'Tuhan' Dalam Rukun Negara?

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Che Jotos baru-baru ini berkaitan isu penggunaan nama 'Allah'.

Baru-baru ini, negara kita sibuk dengan pelbagai hujah pihak tertentu yang mahu menggunakan nama 'Allah'. Katanya, nama Allah bukan hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja tetapi boleh juga untuk agama lain. Namun orang Islam menggunakan istilah 'Allah' termasuk 99 namanya khusus sebagai tuhan. Istilah 'Tuhan' pula digunakan untuk semua agama.

Sebagaimana kandungan Rukun Negara, kita menghormati dan mengakui kewujudan agama lain di Malaysia. Lalu Rukun Negara kita berbunyi begini:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran Perlembahaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Namun kini nama 'Allah' sudah boleh digunakan oleh gereja katolik. Mungkinkah agama lain juga ingin menggunakannya? Kalau begitu, bolehkah kalau 'Kepercayaan kepada Tuhan' itu ditukar kepada 'Allah'? Saya tidak meminta Rukun Negara itu ditukar. Kita hanya cuba mengandaikannya sahaja. Saya juga tidak mahu jadi begitu kerana di negara kita ada pelbagai agama. Cuba imaginasikan sama ada apakah ia boleh diterima? Mengarut? Ataupun gila?

Bagaimana pula dengan mahu menggunakan nama 'Allah' oleh agama selain Islam? Ataupun memang betul nama 'Allah' itu hanya untuk agama Islam sahaja? Hello beb, jangan buat-buat tak fahamlah...

p/s: Malaysia oh Malaysia. 1 Malaysia diperjuangkan. Tapi satu persatu kandungan Rukun Negara semakin dibuat-buat tak faham. Dari kesopanan... kedaulatan... keluhuran... kesetiaan... kini kepercayaan pula yang disentuh. Apa lagi yang ada pada identiti negara bangsaku, Malaysia.

No comments: