Followers

Monday, January 25, 2010

Peraturan Berkabung di Johor

Hari ini ialah hari ketiga perkabungan bagi rakyat Johor. Bagi mereka yang masih kabur tentang peraturan berkabung, bolehlah merujuk kepada kenyataan Pengumuman Kemangkatan oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor.

Pada pengamatan saya, pasca kemangkatan Tuanku Sultan Johor setakat ini menimbulkan beberapa perspektif berkaitan daripada pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah isu penghinaan melalui blog Aduka Taruna dan hukum syariat mengenai berkabung.

Penghinaan terhadap sultan oleh Aduka Taruna menimbulkan kemarahan rakyat Johor dan ia dinilai sebagai melanggar norma masyarakat kita. Bagaimanapun, akhirnya penulis blog ini meminta maaf secara terbuka mengenai keterlanjuran katanya. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak ataupun tidak. Yang pastinya rakyat Johor sangat marah dengan kenyataan berbentuk penghinaan oleh penulis blog itu.

Mengenai arahan berkabung selama seminggu di Johor, saya mempunyai perspektif tersendiri. Bagi saya, peraturan berkabung itu tidak ekstrim. Hanya sebagai tanda penghormatan dan bukan menyesali kematian/kemangkatan seseorang. Peraturan itu tidaklah sampai membuatkan kita tidak boleh berhias, menyiksa diri ataupun meratapi. Oleh itu, perkabungan ini bagi saya tidak seperti perkabungan seorang isteri yang kematian suami, yang dilarang melebihi tempoh tiga hari.

Ini bukan fatwa saya. Saya juga tidak menafikan hukum tersebut. Cuma saya mempersoalkan adakah perkabungan yang dilarang itu sama dengan yang sedang kita lakukan di Johor? Tolong betulkan kenyataan saya jika saya salah. Terima kasih.

1 comment:

FadzliAbuBakar said...

Oh ya... jangan sampai ada kekeliruan mengenai khabar angin bahawa sesiapa yang tidak berkabung akan disaman... sila semak kenyataan ini untuk mendapatkan kepastian... http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=369:istana-johor-jangan-percaya-khabar-angin-mengenai-perintah-berkabung&catid=1:latest-news&Itemid=50