Followers

Thursday, January 14, 2010

Subjek sama, perspektif berbeza.

Menulis dan merujuk sangat sinonim dalam dunia penulisan. Apa yang kita tulis sangat berkaitan dengan apa yang kita lihat, dengar dan fikir. Oleh itu, setiap penulis akan mendapat idea dengan apa yang dia baca dan daripada persekitarannya juga.

Contohnya, saya mendengar pepatah mengatakan “Tak tahu menari, katakan lantai jongkang-jungkit.” Lalu saya tertarik dengan pepatah itu dan saya terbalikkan ayatnya “Lantai jongkang-jungkit adalah alasan untuk orang yang tidak tahu menari.” Maksudnya sama, cuma ayatnya terbalik. Adakah itu kerja penulis? Tentunya tidak.

Sebagai penulis, kita perlu ada perspektif yang lebih advance ataupun berlainan. Itulah kreativiti namanya. Kreativiti mencambahkan sesuatu menjadi banyak, lebih menarik, jelas, berbeza sudut dan sebagainya.

Andaikan kita ingin menulis tentang sekeping gambar ‘orang lidi’. Seorang penulis mentafsirkan gambar itu sebagai orang kurus melidi. Seorang lagi penulis kata, pelukis orang lidi itu pemalas. Ataupun seorang lagi penulis lain kata pelukis itu tidak pandai melukis. Maka itulah kreativiti namanya, melihat subjek yang sama tetapi mempunyai perspektif berbeza.

Andaikan seorang penulis mentafsirkan sebagai orang kurus melidi. Kemudian datang seorang penulis lagi tafsirkan sebagai orang kurus kering. Itulah ciplak namanya.

Persamaan idea boleh terjadi secara kebetulan. Tetapi sebagai penulis, kita ada etika dengan diri kita sendiri. Kita boleh bezakan antara kreativiti, kebetulan persamaan, ataupun ciplak. Benar ilmu itu hak Allah, untuk semua (ini alasan paling mudah). Tetapi kepuasan penulis terletak dalam dirinya sendiri. Adakah itu hasil pemikiran ataupun perspektif anda? Tepuk dada, tanya selera.

1 comment:

lankapo said...

biar saya tafsirkan pic di atas.antingnya besar untuk mengelakkan org kata telinga si gadis besar haha