Followers

Thursday, July 22, 2010

Adakah kita seperti keldai mengejar lobak?

Setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti ada tujuan. Bagi golongan muda di bawah umur 30-an, mencari kekayaan dan kestabilan diri dalam kerjaya adalah tujuan utama. Semakin meningkat usia, maka semakin kita mencari makna hidup dan pekerjaan yang lebih bermakna, iaitu lebih daripada sekadar untuk mencari kemewahan hidup.

Hari ini, iaitu pada 22 Julai 2010 genap usia saya mencapai 31 tahun. Saya terus berfikir mencari makna hidup dan kepuasan berkaitan nilai pada diri saya sendiri. Kebanyakan masa saya dihabiskan dengan berkerja. Namun saya bertanya pada diri, apakah pengisian jiwa yang saya dapat daripada kerja-kerja itu? Atau ia sekadar tempat untuk cari makan?

Di mana-mana sahaja kita perlu berkerja dan bertanggungjawab dengan peranan kita sebagai satu komponen dalam masyarakat. Hasilnya, kita diberi ganjaran insentif sebagai bekalan untuk meneruskan hidup. Itu suatu keuntungan bagi setiap orang. Cukup makan, ada tempat tinggal, pakaian dan sedikit kemewahan. Syukur, Alhamdulillah...

Namun perbualan dengan ayah saya ketika makan malam meraikan ulang tahun kelahiran saya tadi membuatkan saya berfikir. Suatu kisah diceritakan, iaitu tentang keldai mengejar lobak. "Sebatang lobak digantung dengan tali di hadapan keldai supaya terus mengejar untuk mendapatkannya. Tetapi lobak itu terus ke depan mengikuti setiap langkah kita. Belum pasti lagi ia dapat dikongkang walaupun sudah sekian lama mengejarnya."

Saya berdoa supaya tidak tergolong daripada golongan itu serta diberi kekuatan untuk ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah, insan bercita-cita tinggi, manusia yang berperasaan dan suami yang prihatin. Semoga doa kawan-kawan dan keluarga agar panjang umur serta dimurahkan rezeki itu dikabulkan Allah SWT. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Walau di mana pun kita berada, berlakulah adil kerana Tuhan itu maha adil yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Renungi maksud sebuah hadis, "Jika mengejar dunia, nescaya semakin meninggalkan kita. Jika mengejar akhirat, maka dunia akan mengejar kita."

3 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.fadzli.
tahniah, dengan ulangtahun kelahiran! moga tahun ini juga, Warkah Alam adalah sebahagian daripada hadiah hari lahir. tahniah!

lankapo said...

salam,

keldai dan lobak. analogi yg menarik ttg keldai yang diperalatkan untuk terus berjalan dan bekerja untuk tuannya.

So baik jadi tuan punya keldai haha.
Dalam mengejar cita-cita kadang2 kita lupa pada yg Esa.

duta_illuzm said...

ohoi...lobak oh lobak...