Followers

Monday, March 21, 2011

Fikir Positif sebab...

Kenapa kita perlu berfikir positif? Apa kaitannya dengan diri kita?

Tahukah anda?

Minda sedar
kita cuma boleh fokus pada beberapa perkara sahaja dalam satu masa.

Minda bawah sedar kita pula boleh buat lebih daripada itu.

Di sepanjang masa kita terdedah dan diserbu dengan banyak maklumat. Ada yang kata, boleh sampai kepada dua juta bit sesaat. Tetapi yang kita boleh sedar hanya tujuh bit sesaat sahaja.

Bayangkan... Perkara yang kita sedang buat seperti menulis, membaca, berfikir, bergerak, melihat dan sebagainya; memang berlaku secara sedar dan di bawah kawalan kita.

Bayangkan... Sebenarnya ada banyak lagi yang berlaku di bawah kawalan otak kita. Tetapi kita tak sedar pun ia berlaku, kecuali tumpuan kita dialihkan ke situ.

Contohnya, kita sedang berbual dengan seorang kawan di sebuah kafe. Perkara yang kita sedar ialah perbualan, minum kopi, lihat orang lalu lalang dan sebagainya. Ada banyak lagi yang kita tak sedar tetapi ia diterima dan diproses oleh otak; seperti angin dari kipas yang menyentuh tubuh, puluhan bunyi-bunyian di sekeliling kita, degupan jantung, sistem saraf dalam badan, proses hadam dalam perut, bahkan setiap inci pada tubuh kita berfungsi... dan bla bla bla bla...

Metodologi NLP (Neuro Linguistic Programming) kata, setiap perkara yang kita fikir akan memberi kesan berupa tindakan pada fungsi tubuh kita. Sebab itu orang kata, kita adalah apa yang kita fikirkan.

"If you change the way you think, you will change the way you act. If you change the way you act, you will change the result you get." (NLP Secrets).

1 comment:

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog apisv2