Followers

Thursday, April 14, 2011

Patah tumbuh, dicantas bercambah lagi...

Semalam, saya berbual dengan seorang sahabat di sebuah restoran mamak. Dia bercerita tentang hobinya menanam pokok. Ada beberapa petua. Antaranya teknik menakik batang pokok supaya ia lebat berbuah. Ada juga teknik mencantas ranting atau dahan.

Saya terfikir... Dalam kehidupan manusia pun ada diperlakukan macam pokok juga. Ditakik dan dicantas.

Tukang cantas sudah tentulah fikir dia baik atau naif sebab ada tujuan tersendiri. Sama ada kerana hendakkan buah ataupun rasa ada dahan yang mengganggu. Ataupun sengaja kerana gatal tangan.

Mungkin prinsip alam ini boleh kita jadikan motivasi. Semakin dicantas, semakin banyak bercambah. Semakin ditakik, semakin lebat berbuah. Subhanallah, Allah itu maha adil. Semoga bertambah-tambah rezeki kita. Kita berserah kepada Allah.

p/s: Dalam pengamatan awok, biasanya begitu. Orang kena dengki ni biasanya rezeki bertambah2 kalau dia sabar. Sabo je lahhh... Jom makan roti kelapeee...

No comments: