Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat beramal di bulan Ramadan yang mulia...

Dalam banyak-banyak amalan, puasa di bulan Ramadan agak unik. Mengaku sedang berpuasa jarang dianggap riak atau bercakap takbur. Bahkan ianya baik untuk mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud, "Apabila seseorang daripada kamu berpuasa dari pagi pada suatu hari, makan janganlah bercakap kotor dan berbuat kesalahan. Kalau ada orang memakinya atau mahu membunuhnya, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya saya orang yang berpuasa. Sesungguhnya saya orang yang berpuasa..."

Itu satu penghormatan dan keutamaan bagi orang yang berpuasa. Dalam keadaan sedang menahan diri daripada lapar, dahaga dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, kita boleh melindungi diri daripada gangguan.

Semoga bulan Ramadan ini memberikan seribu satu keberkatan dan kebaikan untuk diri kita semua. Selamat berpuasa.



No comments: