Followers

Wednesday, December 19, 2012

The Richest Man in Babylon

Tajuk buku: The Richest Man in Babylon
Penulis: George Samuel Clason
ISBN: 978-0452267251
Terbitan pertama: 1955
Penerbit: Penguin Group
Bilangan halaman: 158
Harga: RM 29.00
Buku ini memberi inspirasi kepada kita tentang cara meraih kekayaan yang pernah diamalkan oleh seorang hartawan di zaman Babylon purba bernama Arkad. Babylon suatu ketika dahulu terkenal sebagai bandar terkaya dan penduduknya juga terdiri daripada ramai hartawan.

Antara prinsip yang baik untuk diamalkan adalah seperti berikut:

1) Pay yourself

Setiap pendapatan kita hendaklah ditolak 10% daripadanya dan dibayar kepada diri sendiri sebelum kita mula berbelanja untuk membayar kepada orang lain. Misalnya, jika gaji kita RM1,000 maka kita perlu bayar kepada diri sebanyak RM100 sebelum membelanjakan gaji itu untuk membayar kepada orang lain.

10% itu jangan dicuit kerana ia dianggap boleh menjadikan dompet kita semakin tebal. Bagaimana? 10% daripada gaji setiap bulan dan setiap pendapatan yang kita perolehi akan terus bertambah dengan sikap yang konsisten. Apatah lagi jika sebahagian wang itu dilaburkan melalui pelaburan yang dibenarkan, maka akan berlangsunglah konsep making the treasure works for you.

2) A Part of All You Earn is Yours to Keep

Baki 90% bolehlah digunakan. Kita tak perlu tertekan untuk mengikat perut setiap bulan tetapi hasil penat lelah kita hendaklah dibelanjakan.

Bagaimanapun, masih ada prinsip yang boleh dipegang ketika berbelanja. Antaranya percaya bahawa setiap yang dibelanjakan itu akan kembali kepada diri sendiri. Misalnya sebahagian kita gunakan untuk membayar installment rumah dan kereta, maka semua itu menjadi pelaburan dan manfaat kepada kita kembali.

3) Control thy expenditures

Ramai orang mengeluh kerana perbelanjaan setiap bulan selalunya tidak seimbang dengan pendapatan yang diperolehi. Arkad berpendapat bahawa secara jujurnya kita boleh mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu dan kurang berkepentingan.

***

Terdapat banyak lagi tip yang boleh kita ambil daripada buku ini. Mungkin bagi sesetengah orang, prinsip yang disyorkan adalah prinsip biasa. Namun bagi saya ia adalah falsafah yang sesuai untuk membuatkan kita boleh menyimpan dan mengumpul kekayaan dengan selesa serta kurang membebankan. Hanya displin sahaja yang diperlukan.

Secara keseluruhannya, buku ini antara yang terbaik kerana ia bukan hanya membakar semangat untuk kita mencari kekayaan semata-mata seperti yang banyak disyorkan melalui buku-buku tip kekayaan yang lain. Namun apa yang saya fahami ialah,ia lebih memberikan tips supaya menghargai sumber pendapatan dan wang yang diperolehi.





Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil-Adha: Kita tukang apa?


Setiap tahun, kita sambut Hari Raya Aidil-Adha dengan solat sunat di masjid dan melakukan ibadah korban.

Biasanya, pada waktu petang hari raya pertama akan mendudu-dudu umat Islam ke masjid untuk menyertai ibadah itu yang berupa kerjasama mempersiapkan daging lembu, kambing atau unta untuk disedekahkan kepada fakir miskin dan selebihnya untuk komuniti di situ.

Pada pengamatan kita, ada macam-macam ‘tukang’ pada ketika itu. Antaranya ialah:
Tukang tengok: Ini paling ramai.
Tukang sorak atau tukang sebut ‘eeiii gelinyeeee…’: Ini yang kedua teramai
Tukang tunggu dapat daging: Banyakkk…
Tukang lapah: Sedikit-sedikit
Tukang angkat dan tukang agih: Jarang-jarang
Tukang kemas: Kadang-kadang

Raya tahun ni kita nak jadi tukang apa? Terpulang bagaimana kita nak menyumbang atau mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk ibadah itu.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha bagi tahun 1433 Hijrah. Semoga ibadah dan pengorbanan kita diredhai lagi diberkati oleh Allah SWT.

Monday, October 22, 2012

Imej Pemandu Teksi di Malaysia


“Kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga.” Itu perumpamaan yang sesuai untuk imej buruk pemandu teksi di Malaysia. Hampir semua orang mengakuinya, tapi bukan semua pemandu teksi sebegitu.

Bicara Isnin akhbar Sinar Harian (SH) 22 Oktober 2012 siar hasil tinjauan di laman London Cabs (www.londoncabs.co.uk) yang menyatakan Malaysia di tangga teratas daripada 10 negara yang memiliki pemandu teksi terburuk di dunia.

Kedudukan itu disebabkan pemandu teksi di Kuala Lumpur khususnya terkenal kerana gemar mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan dan enggan menggunakan meter. Keadaan teksi juga didakwa buruk dan ketinggalan zaman.

Akhbar SH juga ada buat tinjauan dan mendapati 70 peratus responden setuju bahawa pemandu teksi di Malaysia tidak berhemah dan biadap. 94 peratus responden juga setuju pemandu teksi di Malaysia perlu jalani kursus khas layan penumpang.

Dilaporkan juga beberapa pengalaman kisah benar penumpang. Ada yang mendakwa pemandu teksi memilih wanita cantik sebagai penumpang. Ada yang mengada-ngada dan gatal. Bahkan penumpang cantik diberikan tambang percuma dalam satu teksi sedangkan penumpang lain perlu membayar seperti biasa.

Ada juga penumpang yang pernah dicaj sesuka hati dan pernah dirompak pemandu.

Bagi saya, laporan ini semua ada kebenarannya. Tapi kita sebagai pembaca tidak wajar untuk membuat generalisasi mengatakan semua pemandu teksi sebegitu. Sedangkan masih ada yang ikhlas dan berhempas-pulas mencari rezeki menyara keluarga. Kita jangan label sesuatu pekerjaan secara menyeluruh.

Monday, September 17, 2012

Derma RM1

Tabung derma masjid dihulur daripada satu jemaah kepada jemaah lain yang sedang duduk mengikuti majlis zikir. Tak ramai yang mengisinya. Mungkin tak bawa dompet ketika ke masjid kerana fikir tiada apa yang nak dibeli. Termasuk saya, tak bawa wang ke masjid.

Tabung derma tiba ke tangan seorang budak berusia lebih kurang tujuh tahun. Saya yang berada di sebelahnya hanya memerhati.

Budak itu menyeluk poket seluarnya. Sekeping wang RM1 dikeluarkan dari poket dan dimasukkan ke dalam tabung.

Saya tersenyum. Malu rasanya tengok budak sekolah rendah itu pun boleh bersedia bawa wang untuk menderma. Baiknya, anak siapalah itu.

Sedekah tak mengira usia. Jumlahnya pun tak jadi isu. Yang penting ikhlas. Sesungguhnya yang membezakan antara kita adalah sifat takwa masing-masing.

Allah SWT. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat ke-265 yang bermaksud, "Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami hujan lebat, maka kebun itu membuahkan hasil dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka memadailah hujan gerimis. Dan Allah maha melihat apa yang kamu lakukan."




Wednesday, July 11, 2012

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW.


Gambar hiasan - Lakaran ilustrasi Hantu Raya
oleh seorang kanak-kanak yang diberi kelebihan
daripada Allah. Hantu ini iblis juga...
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang yang dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)


Amalan yang dapat menyakiti hati Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


Manusia yang menjadi teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis tidak berdaya di hadapan orang yang ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."


7,000 anak-anak iblis

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.


Cara iblis menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 permintaan iblis kepada Allah

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H
 —

P/S: Artikel ini saya perolehi daripada hamba Allah yang mengongsikannya di internet. Semoga perkongsian ini diredhai dan berguna untuk kita semua.

Saturday, June 23, 2012

Kaum yang dilaknat...

Allah berfirman dalam surah Hud ayat ke-82 yang bermaksud, “Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, maka Kami jadikan negeri kaum Luth itu tonggang terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.”
Kesan azab Tuhan yang amat dahsyat.
Begitulah Allah SWT. membinasakan kota Sodom bersama kaum nabi Luth di atas kesalahan mereka mengamalkan homoseks.

Nabi Luth ialah anak saudara nabi Ibrahim. Baginda beriman kepada Allah dan selalu mendampingi bapa saudaranya, Ibrahim sewaktu di Mesir dan bersama-sama mengusahakan ternakan.

Setelah berjaya dalam bidang itu, hasilnya dibahagi dua. Luth berpindah ke Jordan dan bermukim di tempat bernama Sodom. Baginda diutuskan oleh Allah kepada masyarakat di situ untuk menyampaikan dakwahnya.

Orang Sodom paling terkenal dengan perbuatan homoseks, iaitu gay di kalangan lelaki dan lesbian di kalangan wanitanya. Perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan dan budaya di kalangan mereka. Begitu juga dengan kerendahan moral, kerosakan mental, tiada agama dan tiada nilai kemanusiaan yang beradab.

Kalau ada orang luar masuk ke Sodom, maka terdedahlah mereka dengan gangguan orang tempatan. Kalau ada barang berharga, memang kena pow.

Kalau lelaki handsome dari luar masuk, maka habislah dia akan menjadi mangsa liwat. Wanita pula kalau rupa cantik, muda dan seksi maka akan menjadi mangsa ***** (tak tahu nak cakap) kepada wanita tempatan.

Cuba bayangkan. Bagi kita yang normal pasti geli-geleman membayangkan nafsu songsang itu. Apatah lagi kalau jadi mangsa paksaan mereka.

Maha suci Allah yang menciptakan makhluk itu berpasang-pasangan, bukan suruh ‘lawan pedang’ ataupun menarah tanah dengan tanah juga (sepatutnya guna cangkul).

Nabi Luth diutuskan untuk mengangkat serta memuliakan mereka daripada terhina di lembah kenistaan, kejahilan dan kesesatan. Baginda mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah, supaya dengan ajaran itu mereka kembali kepada fitrah manusia yang diciptakan oleh-Nya.

Baginda berdakwah dengan pelbagai cara dan memakan masa yang panjang. Namun semuanya gagal. Hati kaumnya telah mati dan telinga mereka sudah tersumbat rapat dengan bisikan syaitan yang dilaknat.

Pada hemat nabi Luth, penyakit akhlak itu memang parah dan boleh menular kepada masyarakat sekelilingnya. Ia cuba dipulihkan tetapi tidak diterima. Oleh itu, baginda memohon agar Allah menghapuskan mereka dari muka bumi agar menjadi pengajaran kepada umat manusia di sepanjang zaman. Baginda mohon agar azab di dunia diberikan sebelum azab di akhirat yang menanti mereka.

Doanya diperkenankan. Tiga malaikat diutuskan menyamar sebagai manusia. Rupanya tampan dan tubuhnya pula mantap. Mereka menjadi tetamu kepada nabi Luth.

Diri sebenar malaikat itu tidak diketahui oleh Luth. Bagaimanapun baginda khuatir keselamatan tiga jejaka tampan itu akan memancing kerakusan nafsu kaumnya yang pantang melihat lelaki handsome. Sememangnya kaum yang bernafsu songsang itu sangat desperate dan luar biasa nafsunya. Oleh itu, kehadiran mereka dirahsiakan.

Bagaimanapun akhirnya tersebar juga berita tentang kehadiran dan paras rupa mereka. Habis rumah nabi Luth diserang kaumnya untuk mereka melihat dan cuba memuaskan nafsu.

Nabi Luth melindungi tetamunya. Baginda menasihatkan supaya meninggalkan kebiasaan yang keji itu. Mereka disyorkan supaya kembali kepada pasangan masing-masing yang merupakan isteri ataupun suami yang berlainan jantina bagi memenuhi fitrah sebagai manusia.

Nasihat itu tidak dihiraukan. Mereka mendesak dan menolak pintu rumah nabi Luth untuk mendapatkan lelaki handsome yang sebenarnya malaikat itu. Seboleh-boleh mereka nak juga berkeras dan mahu memecah masuk.

Akhirnya malaikat yang menyamar itu mendedahkan identiti sebenarnya kepada nabi Luth dan mengarahkan agar pintu rumah dibuka seluas-luasnya supaya orang-orang yang haus homoseks itu masuk.

Apabila pintu dibuka. Mereka berebut dan menyerbu masuk. Namun apabila menjejakkan kaki, maka mata mereka dibutakan serta merta.

Dalam kekecohan itu, nabi Luth diarahkan meninggalkan perkampungan mereka bersama keluarga sebelum azab diturunkan kepada kaumnya. Luth dan keluarga dipesan supaya tidak menoleh ke belakang lagi.

Pada malamnya mereka sekeluarga keluar bersama rombongan kaumnya yang beriman. Mereka keluar cepat dari kota menyelamatkan diri sebelum azab bermula.

Setelah itu bergegarlah bumi di kota Sodom. Sebuah gempa bumi yang sangat kuat disertai ribut taufan dan hujan batu menimpa kota itu. Tanah kota itu seolah-olah dihempas-hempas. Batu yang diturunkan adalah batu belerang yang terbakar bertubi-tubi. Dengan serta merta kota itu bersama penghuninya dibinasakan sehabisnya.

Demikianlah mukjizat dan tanda kekuasaan Allah yang ditunjukkan supaya menjadi pengajaran kepada kita.

***

Kawasan kota itu kini menjadi sebuah laut yang dinamakan Laut Mati, iaitu laut paling masin di dunia yang terletak di Jordan. Ada pendapat mengatakan kita tidak digalakkan melancong ke situ itu bersuka ria di tempat kaum yang diazab Allah. Bagaimanapun jika untuk mengambil iktibar dan melihat tanda kekuasaan Allah maka ianya dibolehkan.




View Larger Map


Friday, May 25, 2012

Fikir-fikir


Smart & tepat... Cara fikir membezakan cara kita belajar dan berkerja dengan orang lain.

KEMAHIRAN BERFIKIR adalah kecekapan menggunakan akal bagi menjalankan proses pemikiran.

Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir boleh menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah.

Pemikiran ialah untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul. Pelbagai cara digunakan termasuk membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.


Prinsip Kemahiran Berfikir

Fikir positif: Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

Perlahan dan simple: Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. Jangan complicated sangat.

Ego tolak tepi: Kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

Tukar-tukar arah fikir kalau nak kreatif: Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kreatif menghasilkan perkara baru dari perkara-perkara lama atau sedia ada.

Ada objektif spesifik: Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan. Jangan bila ditanya, kita sendiri tak boleh jawab apa yang kita nak sebenarnya.

Jangan main sondol: Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. Etika, peraturan hidup dan norma masyarakat pun kena ambil kira.

Senaraikan pilihan supaya jelas: Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

Artikel ini diadaptasi daripada seorang sahabat yang berkongsi di laman sosial Facebook.
Semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat kepada umum.

Monday, May 14, 2012

Info Psikologi: Gila Meroyan


Doktor., saya sering mendengar kisah atau kes kemurungan selepas bersalin atau meroyan dalam kalangan ibu muda. Adakah masalah ini satu penyakit atau masalah rumit? Benarkah ia boleh menjejaskan kesejahteraan ibu dan anak? Boleh tak doktor berikan panduan mengatasi masalah ini? Jika saya ingin berpantang kelak, adakah saya perlu mengikut petua orang lama untuk mengelak daripada meroyan?
Terima kasih
Zy, Kedah.

Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian menjawab...

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.


Gila meroyan

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Mungkin elok untuk saya kongsi pengalaman daripada kajian kami 10 tahun lepas di Kelantan terhadap wanita yang hamil dan dalam masa berpantang.

Daripada kajian kami ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan. Kajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.


Gangguan perasaan

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan). Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.


Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.


Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya adalah lebih baik.

Dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25 peratus) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi infanticide mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.


Panduan

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.

Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.

Artikel ini disiarkan dalam Utusan Malaysia, 13 Mei 2012

Tuesday, May 8, 2012

Layakkah kita menghukum?

Pagi ini, saya terbaca muka depan akhbar Kosmo yang melaporkan tentang seorang pencuri yang dipukul teruk sehingga tidak bermaya di Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu.

Difahamkan mangsa cuba mencuri wang sebanyak RM34 dan pernah cuba mencuri sebelum itu, namun usahanya gagal kerana tabung kosong.

Terlintas dalam fikiran saya, apakah kita layak memberi hukuman sedemikian rupa kepada si pencuri?

Dia belum ambil satu sen pun! Lantas dia dibelasah sampai lembik?

Saya bukan berpendapat bahawa mencuri itu tidak salah. Tapi kita perlu fikir juga adakah memukul orang di dalam masjid itu betul?

Mungkin pencuri itu terdesak kelaparan. Anaknya di rumah kehabisan susu. Diugut Ahlong supaya membayar hutang. Ibunya nazak di rumah. Hilang pertimbangan akal akibat penyalahgunaan dadah.

Kita pun tak tahu... Tapi, biasanya orang sebegini mencuri memang kerana desakan hidup...

Dia hidup dalam kesusahan. Mungkin juga jahil. Akhirnya dibelasah sampai separuh nyawa. Siapakah kita untuk menghukum sedemikian rupa?




Tuesday, January 31, 2012

Mengenali Wali Songo

ADA sembilan ulama yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di Jawa. Mereka dikenal sebagai Wali Songo (Sembilan Wali/Wali Sembilan). Wali Songo mengembangkan agama Islam dari abad ke-14 hingga abad ke-16, menjelang dan setelah runtuhnya kerajaan Majapahit.

Dalam Babad Tanah Jawi dikatakan semasa berdakwah, para wali itu dianggap sebagai ketua kumpulan pendakwah untuk menyebarkan Islam di daerah tertentu. Selain dikenal sebagai ulama, mereka juga berpengaruh besar dalam hal ehwal pemerintahan.

Oleh sebab itu mereka digelar Sunan (susuhan atau junjungan) iaitu gelaran yang biasa digunakan untuk raja di Jawa. Bukti kebesaran Wali Songo dapat dilihat daripada peninggalan mereka.

Wali Songo menyampaikan dakwah Islam melalui cerita wayang atau kesenian lain sehingga penduduk setempat berasa akrab dan tidak asing dengan ajaran baru yang disampaikan.

Pendekatan budaya

Ketika menyebarkan Islam, Wali Songo menggunakan pelbagai bentuk kesenian tradisional masyarakat setempat dengan menyisipkan nilai Islam dalam kesenian tersebut.

Usaha itu membuahkan hasil, bukan sahaja mengembangkan agama Islam tetapi juga memperkayakan budaya Jawa.

Masyarakat Jawa sangat menggemari kesenian tradisional mereka seperti wayang kulit. Oleh sebab itu, Wali Songo menggunakan kesenian tersebut sebagai saluran dakwah.

Babad Tanah Jawi

Buku ini memuatkan cerita tentang kebudayaan Jawa yang merupakan campuran antara sejarah, mitos dan kepercayaan. Di dalamnya terdapat kisah Wali Songo.

Dalam babad itu diceritakan bahawa sekumpulan Wali seperti Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, Sunan Gunung Jati dan Sunan Kudus sering mengadakan pertemuan di Demak.

Juga dijelaskan peranan masing-masing dalam menyebarkan agama Islam di Jawa. Mereka berdakwah di daerah yang penduduknya belum memeluk Islam.

Raden Fatah

Dalam menyebarkan Islam, Wali Songo tidak hanya akrab dengan masyarakat umum tetapi juga dengan pemerintah. Sultan Ampel memainkan peranan semasa merancang kerajaan Islam pertama di Jawa, iaitu kesultanan Demak.

Para wali melantik Raden Fatah (putera Kertabumi Brawijaya ke-5, raja terakhir Majapahit sebagai sultan pertama Kesultanan Demak). Raden Fatah mendapat pendidikan Islam daripada Sunan Bonang. Sementara dalam menjalankan pemerintahannya, Raden Fatah meminta nasihat Sunan Kalijaga.

Di Daerah Cirebon, Sunan Gunung Jati sangat berjasa dalam mendirikan Kesultanan Cirebon dan Kesultanan Banten. Masjid Demak, masjid tertua di Jawa, dibina oleh Wali Songo dan Raden Fatah, pemerintah Kesultanan Demak pada masa itu.

Jawa

Wali Songo juga memainkan peranan utama untuk menyebarkan Islam di Jawa, terutama di sepanjang pesisir utara Jawa. Mulai dari Gersik di Jawa Timur hingga Cirebon dan Banten di Jawa Barat. Meskipun demikian, wilayah pergunungan juga turut dijelajahi oleh wali itu.

Hal ini terbukti daripada apa yang dilakukan oleh Sunan Muria. Beliau dikenal sebagai wali yang selalu berdakwah ke pelosok desa dan wilayah pergunungan di sekitar Gunung Muria, Jawa Tengah. Makamnya pun terletak di daerah pergunungan tersebut.

Sunan Ampel

Sunan Ampel dikenali sebagai wali yang tidak bersetuju dengan adat istiadat masyarakat Jawa pada masa itu seperti kebiasaan mengadakan jamuan dan kenduri doa selamat.

Namun wali lain berpendapat hal itu tidak dapat dihapuskan dengan segera. Bahkan mereka mengusulkan agar adat istiadat seperti itu diberikan warna Islam.

Akhirnya Sunan Ampel menyetujui usul itu, walaupun tetap bimbang bahawa ia akan berkembang menjadi bidaah.

Ampel Denta

Sunan Ampel memulakan dakwahnya dari sebuah pondok pengajian yang dibina di Ampel Denta (berdekatan Surabaya). Oleh sebab itu, beliau dikenal sebagai pembina pondok pengajian pertama di Jawa Timur. Sunan Giri, Raden Fatah, Sunan Bonang dan Sunan Drajat ialah murid Sunan Ampel.

Di pondok pengajiannya, Sunan Ampel menerima pemuda yang datang dari pelbagai tempat dari seluruh Nusantara untuk mempelajari agama Islam dan menjadi muridnya.

Sunan Bonang

Sunan Bonang menyebarkan agama Islam dengan menyesuaikan diri dengan corak kebudayaan masyarakat Jawa yang menggemari wayang dan muzik gamelan.

Untuk itu, beliau mencipta lagu gamelan yang mengandungi nilai keislaman. Setiap bait lagu diselangi dengan ucapan dua kalimah syahadat (syahadatain) sehingga muzik gamelan yang mengiringinya kini dikenal sebagai sekaten.

Tuban

Sunan Bonang pernah mempelajari Islam di Pasai, Aceh. Sekembalinya dari Pasai, beliau memusatkan kegiatan dakwahnya di Tuban dengan mendirikan pondok pengajian agama.

Para pelajarnya datang dari segenap penjuru Nusantara. Sunan Bonang yang dilahirkan di Ampel Denta, Surabaya, meninggal dunia di Tuban pada 1525.

SALAH seorang Wali Songo yang terkenal ialah Sheikh Maghribi. Beliau juga dikenali dengan nama Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik juga dikenal dengan nama Maulana Maghribi (Syeikh Maghribi) kerana beliau dikatakan berasal dari wilayah Maghribi (Afrika Utara).

Namun hingga kini tidak diketahui secara pasti sejarah tentang tempat dan tahun kelahirannya.

Beliau dikatakan lahir sekitar pertengahan abad ke-14. Beliau berasal dari keluarga Islam yang taat beragama, dan beliau mempelajari agama Islam sejak kecil, namun tidak diketahui siapa gurunya, hingga beliau kemudiannya menjadi seorang ulama.

Sunan Gersik

Sunan Gersik diyakini sebagai pelopor penyebaran agama Islam di Jawa. Beliau berdakwah secara intensif dan bijaksana. Sunan Gresik bukan orang Jawa, namun beliau mampu memahami keadaan masyarakat yang dihadapinya dan menerapkan kaedah dakwah yang tepat untuk menarik perhatian masyarakat kepada Islam.

Usaha menghilangkan sistem kasta dalam masyarakat pada masa itu menjadi objek dakwah Sunan Gresik. Cita-cita dan perjuangannya menyebarkan Islam di Jawa kemudian diteruskan oleh anaknya, Sunan Ampel.

Sunan Giri

Sunan Giri ialah putera Maulana Ishak. Nama asalnya Radin Paku. Beliau ditugaskan oleh Sunan Ampel untuk menyebarkan agama Islam di Blambangan. Sunan Giri pernah belajar di Pesantren Ampel Denta.

Setelah dewasa, dalam perjalanan menunaikan haji bersama-sama Sunan Bonang, beliau singgah di Pasai untuk mendalami ilmu agama.

Sekembalinya ke Jawa, Sunan Giri membina pondok pengajian agama di daerah Giri. Beliau banyak menghantar pendakwah ke Bawean (Madura), bahkan juga ke Lombok, Ternate dan Tidore di Maluku. Makam Sunan Giri atau Raden Paku terletak di Bukit Giri, dekat Gresik, Jawa Timur.

Syarif Hidayatullah

Nama asal Sunan Gunung Jati ialah Syarif Hidayatullah. Beliau adalah cucu raja Pajajaran yang lahir di Mekah. Setelah dewasa, beliau memilih untuk berdakwah di Jawa. Di Jawa, beliau bertemu bapa saudaranya, Raden Walangsungsang (Pangeran Cakrabuana).

Setelah bapa saudaranya meninggal dunia, beliau menggantikan bapa saudaranya dan Berjaya menjadikan Cirebon sebagai kerajaan Islam pertama di Jawa Barat.

Beliau juga adalah pengasas Kesultanan Banten yang bermula dengan puteranya, Sultan Maulana Hasanuddin. Atas inisiatif Sunan Gunung Jati, Sunda Kelapa diserang diserang pada 1527 di bawah pimpinan Fatahillah, panglima perang Kesultanan Demak yang juga menantu Sunan Gunung Jati.

Sunan Muria

Sunan Muria ialah salah seorang Wali Songo yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di kawasan desa. Putera Sunan Kalijaga ini suka menyendiri dan tinggal di desa bersama-sama rakyat biasa.

Dalam menyebarkan Islam, Sunan Muria selalu menjadikan desa terpencil sebagai tempat dakwahnya.

Sinom dan Kinanti

Seperti para Wali Songo yang lain, Sunan Muria juga menggunakan kesenian sebagai cara berdakwah. Dua puisi yang diciptanya dan sangat terkenal ialah puisi Sinom dan Kinanti.

Puisi Sinom umumnya menggambarkan suasana ramah-tamah dan mengandungi nasihat. Puisi Kinanti pula bernada gembira dan digunakan untuk menyampaikan ajaran agama, nasihat dan falsafah hidup.

Sunan Drajat

Sunan Drajat dikenal sebagai seorang wali yang berjiwa sosial tinggi. Beliau banyak memberikan pertolongan kepada yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan orang susah.

Perhatiannya yang besar terhadap masalah sosial sangat tepat pada masa itu kerana beliau hidup pada masa keruntuhan Kerajaan Majapahit (sekitar 1478).

Rakyat pada ketika itu dalam keadaan kacau-bilau dan menyedihkan. Sunan Drajat juga menggunakan media kesenian semasa berdakwah. Untuk itu, beliau mencipta puisi Jawa yang hingga kini masih digemari, iaitu puisi Pangkur.

Sunan Kudus

Sunan Kudus atau Jaafar Sadiq digelar wali al-'ilmi (orang berilmu luas) oleh para Wali Songo kerana mempunyai keahlian khusus dalam bidang agama.

Oleh sebab kepakarannya itu, beliau banyak dikunjungi oleh para penuntut dari pelbagai wilayah.

Beliau juga diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan di daerah Kudus. Beliau menjadi pemimpin agama dan juga pemerintah di wilayah itu.

Masjid Menara Kudus

Sebagai permulaan untuk menyebarkan Islam, Sunan Kudus membina sebuah masjid di daerah Loran pada 1549. Masjid itu diberi nama Masjid al- Aqsa atau al-Manar.

Wilayah sekitarnya disebut Kudus, nama yang diambil daripada nama kota al-Quds (Baitulmaqdis di Palestin) yang pernah dikunjunginya.

Masjid itu kemudian dikenal dengan nama Masjid Menara Kudus kerana di sebelahnya terdapat menara tempat beduk masjid. Masjid yang dibina oleh Sunan Kudus ini juga merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia.

Sunan Kalijaga

Sunan Kalijaga berasal dari suku Jawa asli. Beliau berdakwah dengan cara berkelana. Dengan wawasan yang luas dan pemikiran yang tajam, Sunan Kalijaga tidak hanya disukai oleh rakyat, tetapi juga oleh cendekiawan dan pemerintah. Raden Fatah dari Kesultanan Demak sering kali meminta nasihatnya.

Dandanggula

Sunan Kalijaga juga dikenal sebagai budayawan dan seniman (seni suara, ukir dan busana). Beliau mencipta aneka cerita wayang yang berunsur Islam, Sunan Kalijaga memperkenalkan sejenis wayang yang diperbuat daripada kulit kambing (wayang kulit), kerana pada masa itu wayang selalunya dilukis pada seperti kertas lebar (wayang beber). Dalam seni suara, beliau ialah pencipta lagu Dandanggula. Sebahagian dari lirik lagu Dandanggula ciptaan Sunan Kalijaga adalah tentang rukun iman.

Artikel ini dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 dan 31 Januari 2012.

Friday, January 20, 2012

Barang naik

Babak 1

Tauke bot: "Udang hidup harganya RM50 sekilo."
Geng pancing: "Eh, kenapa dah naik harga? Biasa RM40 sekilo.?"
Tauke bot: "Biasalah, raya Cina sudah dekat maa. Semua harga barang naik."

Itu kenaikan harga udang hidup yang dibuat umpan untuk kami memancing. Udang itu ditangkap dengan jaring dan dijual untuk kemudahan kaki pancing.


Babak 2

Tukang gunting: "Sekarang potong rambut sama cuci sekali RM35."
Saya: "Eh, bukan biasa RM25 ke?"
Tukang gunting: "Saya tak tahu. Boss saya suruh kasi naik harga."
Saya: "Kenapa tiba-tiba naik?"
Tukang gunting: "Biasa memang mau dekat raya Cina, semua harga naik."
Saya: "Termasuk servis? Kenapa macam tu? Tapi lepas raya nanti turun balik tak?"
Tukang gunting: "Ya lorrr. Ini memang biasa tiap-tiap tahun. Tapi lepas raya nanti turun balik."

Babak 3

Pomen: "Semua kos spare part dengan upah RM300."
Saya: "Eh kenapa mahal sangat? Biasa RM200 lebih je."
Pomen: "Biasalah bang, ini sudah mau raya Cina. Semua barang naik."

***

Ketiga-tiga babak itu memang realiti yang saya lalui di sepanjang dua minggu lepas, iaitu pada waktu menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Harga barang dan perkhidmatan dinaikkan sewenang-wenangnya. Oleh kerana ia bukan barang kawalan, maka orang tak ambil peduli sangat.

Saya terfikir. Siapakah dalang yang mempengaruhi kenaikan harga barang itu? Yang akhirnya memilih pihak tertentu menjadi kambing hitam fenomena itu?

Kita pertimbangkan sendiri. Mungkin video di bawah ini boleh kita pertimbangkan kebenarannya. Tepuk dada, tanya selera.

Friday, January 13, 2012

DUA KALI LIMA

Saya mahu ulas suatu fenomena hari ini yang banyak berlaku di kalangan orang Islam. Ia adalah fenomena kesalahan dalam berfikir apabila seseorang berhujah dengan membandingkan benda buruk dengan yang buruk juga.

Tidak keterlaluan kalau saya kata, ianya sangat memalukan umat Islam dan menjengkelkan masyarakat kita yang mahu miliki minda kelas pertama. Harap kita berfikiran terbuka merenungkan fenomena ini.

Fenomena 1: Seseorang meluahkan kata-kata, “Tak guna pakai tudung, tapi mulut macam longkang. Walaupun aku tak pakai tudung, tapi mulut aku tak macam dia.”

2 x 5: Tak pakai tudung memang haram. Mulut jahat pun haram juga. Sama je. Dari segi kewajipan, tudung wajib dipakai dan mulut wajib dipelihara. Bila masa pulak ada hukum syarak kata mulut baik adalah lebih afdal daripada wanita bertudung?

Fenomena 2: Seorang wanita Islam berdakwah melalui status FB setiap hari. Cakap tentang hukum hakam, kongsi maksud Quran, hadis dan kata-kata hikmah cendekiawan Islam. Tapi gambar profilenya, astaghfirullah… bukan setakat tak pakai tudung, tapi dedah buah dada dan tayang diri pakai bikini.

2 x 5: Niatnya bagus. Berkongsi ilmu agama. Besar ganjaran pahala untuk orang yang menyebarkan ilmu. Dalam masa yang sama, dedah aurat. Tak cukup dedah aurat, pakai bikini lagi. Tak cukup pakai, bangga lagi!!! Bila masa pulak ada hukum kata tak kisah kalau nak separa bogel pun, asalkan niat di hati sentiasa baik? Bolehkah maruah itu ditebus dengan memberikan tazkirah kepada orang lain? Nilainya jauh berbeza!

Fenomena 3: Seseorang ditegur kerana tingkah laku tidak senonoh. Tapi dimarahi pula atas alasan menyibuk hal orang lain. Katanya, “Lebih baik kau nilai diri sendiri dulu sebelum tegur orang.” Bermaksud kalau belum perfect, jangan tegur kesalahan orang.

2 x 5: Bila masa pulak ada hukum syarak kata tak boleh berpesan ke arah kebaikan kalau diri belum sempurna? Kalau begitu, dunia kita tak akan ada budaya tegur menegur dan saling berpesan, sebab setiap manusia tidak sempurna.

Saya bukanlah nak mencari kesalahan orang lain. Kita semua manusia, tak sempurna. Tapi fenomena di atas bagi saya sudah melampau dan dangkal sangat. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Namun berfikir di luar otak dan mengagungkan prinsip diri yang tak betul itu memang merosakkan. Bila masa pulak norma manusia kata boleh buat apa saja asalkan ada pendirian dan prinsip. Itu tak betul bai! Jelas tak boleh diterima akal.

Orang kata jangan menilai daripada kulit. Tapi kalau kulit dah koyak rabak dan bergelumang kotoran, takkanlah isinya boleh cantik? Hentikanlah prinsip-prinsip bodoh itu.

Setiap orang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Manusia tidak maksum. Bagaimanapun, ia tidak sesuai langsung untuk dibandingkan dengan perbuatan-perbuatan munkar yang dilakukan dengan ‘selamba badak’, bahkan ditayang dan dibangga-banggakan.

Saya benar-benar tak faham. Racun jenis apakah yang sudah menyerap masuk ke dalam pemikiran mereka?

Sekian tazkirah untuk hari Jumaat yang mulia ini. Tazkirah ini juga adalah untuk muhasabah diri saya sendiri. Siapa mahu terima, silakan. Jika tidak mahu, tak perlu komen dan tuding balik mencari kesalahan pada artikel ini. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Monday, January 2, 2012

Idea Tidak Rasional (Siri pertama)

Perasaan kita selalu terganggu kerana perkara-perkara yang disifatkan sebagai MESTI dibuat atau MESTI berlaku dalam hidup kita. Menurut Albert Ellis, teori Terapi Rasional Emotif (REBT) simpulkan bahawa ada 3 KEMESTIAN UTAMA (The three majors musts) pembentuk idea yang selalu beri tekanan pada kita, iaitu:
1) Saya MESTI jadi yang terbaik, kalau tidak, bermakna saya tak bagus.
2) Orang lain MESTI buat benda yang betul kepada saya, kalau tidak, bermakna dia teruk dan perlu dihukum.
3) Hidup MESTIlah mudah. Bebas daripada rasa tak selesa dan cabaran.

Pembentuk idea itu dianggap tidak rasional. Bagaimanapun beliau ada senaraikan 12 Idea Tidak Rasional yang boleh kita hindarkan. Semoga ia bermanfaat dan diterjemahkan dengan perspektif yang tidak sempit. Idea tak rasional itu ialah:

Idea tidak rasional pertama: Idea bahawa adalah satu keperluan dahsyat untuk diri kita disayangi atau diterima oleh setiap orang lain yang penting dalam hidup.
  • Adalah mustahil untuk disukai atau dicintai oleh semua orang. Tidak kira berapa popular pun kita, pasti sentiasa ada orang yang tidak menyukai.
  • Setiap orang mempunyai cita rasa berbeza. Oleh itu, tidak kira apa yang kita buat, sesetengah orang akan mengagumi anda manakala sesetengah orang tidak.
  • Terlalu banyak beri perhatian tentang penerimaan orang lain terhadap kita menunjukkan kita kurang beri perhatian dan menerima orang lain. Tak patut!
  • Tak salah berusaha untuk jadi popular. Tapi jangan terlalu memaksa diri dan menjadikan ia suatu kemestian.
  • Adalah lebih baik untuk kita berusaha menerima diri tanpa syarat, iaitu menerima diri sendiri tanpa sentiasa mengira apa yang orang lain fikir tentang kita.
  • Tidak disukai ramai memang suatu keadaan yang tidak menyenangkan. Tapi ia bukanlah hal yang paling teruk sampai boleh membawa maut.

Idea tidak rasional kedua: Idea bahawa kita mestilah jadi sangat berwibawa, perfect dan berjaya dalam semua hal, barulah dianggap berbaloi. Selain itu, tidak.
  • Mana ada orang boleh handal dalam semua perkara. Setiap orang ada bidang kepakaran tersendiri.
  • Bagus juga kalau kita berusaha untuk berjaya, tapi memaksa diri supaya berjaya dalam semua hal itu selalu memberi tekanan yang tiada keperluannya.
  • Kita perlu bersaing untuk berjaya. Tapi akibat terlalu sibuk mengukur kebolehan orang lain membuatkan kita lupa tentang kebolehan diri sendiri. Bukannya kita boleh kawal kebolehan orang pun!
  • Kalau kita terlalu sibuk untuk berjaya sangat, kita akan kehilangan ruang masa untuk melakukan hal-hal yang kita suka. Padahal hal itu sebenarnya boleh membuatkan kita berjaya.
  • Jika kita takut gagal, maka kita akan takut mencuba. Hidup akan jadi bosan kerana kita hanya buat perkara yang kita rasa boleh berjaya sedangkan ada banyak lagi peluang untuk tambah pengalaman baru.
  • Kita sepatutnya tumpukan perhatian dengan bidang dan apa yang kita sedang buat. Jangan sibuk nak buat semua perkara yang orang lain buat.
  • Kegagalan dan kesilapan itu sebahagian daripada lumrah pembelajaran dalam hidup. Gagal atau silap tak perlu dijadikan tekanan yang kononnya macam miserable sangat!

Idea tidak rasional ketiga: Idea bahawa orang-orang yang buruk, jahat atau keji mesti dipersalahkan dan dihukum dengan teruk akibat perbuatan jahat mereka.
  • Manusia tidak sempurna dan tidak mempunyai kawalan mutlak terhadap semua tindakan mereka. Dalam realiti, kita semua melakukan kesilapan dari semasa ke semasa kerana sebab tidak tahu, tidak mampu, ataupun terganggu.
  • Menyalahkan dan menghukum seseorang kerana kesilapan tidak semestinya boleh menjadikan dia lebih baik. Mesti ada sebab kenapa dia buat silap.
  • Semua orang melakukan banyak perkara setiap hati. Setiap orang ada melakukan perkara yang baik dan juga buruk. Oleh itu jangan mudah label orang ‘teruk’ hanya kerana satu tindakan buruk sahaja.
  • Menyalahkan dan menghukum orang kerana silap tidak semestinya akan menghalang mereka mengulanginya lagi. Silap haribulan, mereka akan bertindak lebih buruk dan membalas dendam.
  • Terlalu menyalahkan diri sendiri selalu membuatkan kita jadi takut dan tertekan. Terlalu menyalahkan orang lain pula selalu membuatkan mereka jadi marah dan menyampah.
  • Melakukan kesilapan bukan semestinya menjadikan diri kita teruk sangat. Sepatutnya kita nilai secara positif supaya memperbetulkannya.

Idea tidak rasional keempat: Idea bahawa sangat menyiksakan dan malang jika sesuatu perkara tidak terjadi mengikut kehendak kita.
  • Semakin kita terganggu dengan kehendak yang rigid, maka semakin kurang berkesan usaha kita untuk mengubah perkara yang tidak disukai. Perasaan kita lebih terganggu.
  • Kita tak sepatutnya marah dengan sesuatu yang sudah berlaku. Kalau nak melayan perasaan pun, cukuplah sekadar berasa kecewa untuk sementara.
  • Apabila perkara tidak diingini berlaku sedangkan kita tak mampu mengubahnya, maka bolehlah kita sarankan pada diri bahawa, “Saya harap ianya berbeza dan bukan pengakhir kehidupan.” Seterusnya cuba untuk belajar, menerima sebagai cabaran, dan melihat bagaimana kita boleh memanfaatkan keadaan itu dalam hidup. Kalau tak boleh juga, sila abaikan dan buat perkara lain yang lebih menyenangkan.

Idea tidak rasional kelima: Idea bahawa rasa tidak puas hati disebabkan faktor luaran dan kita tiada upaya untuk mengawal gangguan dari luar itu.
  • Orang lain tidak boleh mengancam kita kecuali dengan pukulan, rompakan atau sebagainya yang bersifat gangguan secara fizikal. Kalau ada pun, ancaman itu jarang berlaku. Jika kita diberi tekanan atau diganggu secara mental, sepatutnya ia tidak memberi kesan pun melainkan kita sendiri yang percaya bahawa ianya menyakitkan.
  • Kebanyakan orang percaya bahawa perasaan tidak dapat dikawal. Sebenarnya kawalan itu tidak mustahil.
Bersambung dalam siri kedua...