Followers

Tentang Saya

Mohd Fadzli Abu Bakar ialah Pegawai Penyelidikan, Unit Media dan Komunikasi di salah sebuah jabatan kerajaan negeri Johor dan jurufoto di syarikat CMYK Photography. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi) dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis & Ilmu Hadis) dari Universiti al-Azhar, Mesir.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah buku Warkah Alam (2010) terbitan AmeenBooks dan Kes Kaunseling: Proses dan Rawatan (2009) terbitan Penerbit UTM Press. Sebagai seorang yang prolifik dalam penerbitan buku komersil, penulisan korporat dan terjemahan, beliau terkenal sebagai penulis buku motivasi remaja berjudul Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri (2008), Gaya Hidup (2007), Diet (2007), Potensi Diri (2006), Masa (2006), Langkah Kejayaan (2006), Sahabat (2006) dan Ibu Bapa (2006) terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.

Beliau juga menterjemah buku berbahasa Arab berjudul Bencana Sihir Penghalang Perkahwinan (2004) dan Ijtihad di Dalam Fiqh Perubatan (2004) terbitan Pustaka Syuhada, serta buku Pelaksanaan Pendidikan Agama Islam di Johor terbitan Kerajaan Negeri Johor.